Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

18.12.12

Adakah Kita Sudah Bersedia?

Apabila mengingatkan tentang perjalanan hidup kita yang pasti akan tamat,saya sering kali menyoal kepada diri sendiri,adakah saya sudah bersedia?Adakan amalan yang akan saya bawa itu mampu menyelamatkan saya daripada azab api neraka kelak.Adakah saya mampu untuk membela diri saya dengan amalan2 tersebut.Adakah akan ada orang lain yang masih hidup akan mendoakan saya sekiranya saya di alam  itu nanti?Adakah akan ada syafaat buat saya?Saya takut semuat itu.Ya,saya masih belum bersedia menghadapi semua perkara itu.Banyak lagi perkara yang perlu saya baiki tentang diri saya.Saya masih belum menjadi seseorang yang cukup amalannya.Saya masih lagi sering terleka.Solat saya kadang2 masih tidak mencukupi.Saya masih belum bersedia.Tapi saya takut.
Allah tidak pernah menangguhkan tarikh kematian seseorang walau sedetik pun,apatah lagi untuk sehari.Allah tidak pernah memilih sesiapa yang akan kembali kepadaNya dahulu.Sama ada yang masih kecil,remaja,dan yang tua pasti akan menghadapi kematian.

Ya,saya tahu,kematian itu semakin hari semakin dekat dengan kita.Cuma kita sahaja yang belum tahu.Setiap hari akan ada sahaja daun yang gugur di atas Arash Allah sana manandakan pemergian seseorang.Sama ada orang itu jauh atau dekat dengan kita sahaja dan mungkin sahaja diri kita sendiri.Yang itu, kita belum pasti.
Cukup lah baru2 ini sahaja saya mendengar tentang kematian2 saudara saya yang di kampung.Begitu cepat mereka kembali kepadaNya dan dalam sesetengah mereka kembali dengan membawa tubuh badan yang masih sihat.Sangat menginsafkan saya.Itulah kekuasaan Allah kan.Dia tidak pernah memilih umur dan pangkat untuk diambil nyawa.

..................................................................................................................................................

Apabila pagi yang cerah itu,alhamdulillah saya selamat sampai di bumi Kuala Pilah pada pukul 9 pagi untuk memulakan pengajian.Orang pertama yang saya hubungi adalah emak bagi memberitahu bahawa saya sudah selamat sampai.Apabila panggilan dijawab,emak dalam nada sedih memberitahu saya bahawa seorang nenek saudara saya telah meninggal dunia pada pagi itu juga.Katanya nenek saudara saya itu dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang menyebabkan dia dan salah seorang cucu kembarnya meninggal dunia.Ya memang saya kenal orangnya,tapi setahu saya dia masih sihat dan seingat saya cucunya baru berusia 5 tahun.Dan dalam dua hari sebelumnya,saya baru sahaja berjumpa dan menegur sapa dengan arwah di pasar malam ketika masih di kampung.إنّا لله وإنّا إليه راجعون

Tidak pernah ada seorang pun yang mengetahui takdir hidup sendiri.Tiada sesiapa pun yang menyedarinya.Kita sering leka dengan kehidupan kita di atas muka bumi ini.Kita sering berbangga dengan apa yang kita ada.Kita lupa siapa yang menjadikan kita.Kita lupa yang kita pasti akan meninggalkan dunia yang sementara ini.Kita sering lalai untuk menunaikan tanggungjawab kita.Kita lupa untuk mengadu kepada Pencipta kita.Kita lupa untuk menilai diri kita.Adakah kita sudah bersedia menghadapi sakaratul maut itu sendiri?

..................................................................................................................................................

Kubur/liang lahat setiap hari menyeru kepada manusia 5 kali :
  1. Aku rumah yang terpencil,maka akan senang dengan membaca Al-Quran.
  2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu,bawalah amal soleh yang memberi hamparan.
  4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
  5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir,maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah,Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
Ya Allah,
Tunjukilah kami jalan yang benar yakni jalan orang2 yang soleh,
Jauhilah kami daripada melupakanMu,
Janganlah sesekali Engkau lalaikan kami dengan nikmat di atas muka bumi ini,

للّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”
-Amin-





10.12.12

like.like,like

Jika kita inginkan kebaikan , fikir perkara yang baik2. Jika kita mahukan kebahagian , fikirkan perkara yg membahagiakan . Sentiasalah bersangka baik . Bukan dgn manusia ! Tapi dgn Allah s.w.t . 

InsyaAllah dia akan mberikan yg terbaik . Dia Maha Tahu apa yg kita perlu bukan apa yang kita mahu. Apa tiba masanya , kita akan mengerti tiap yg berlaku..
8.11.12

Pasti Ada Hikmah


Untuk hampir dua tahun ni,dah banyak kali mulut saya asyik cakap nak pergi ambik lesen kereta.Saya rasa dah xboleh bilang dah keberapa kali saya cakap macam tu hari ni.Haaa,tapi tu la,memang mungkin xada rezeki saya lagi kot.Setiap kali nak ambik je mesti ada halangan.And hari ni buat pertama kalinya saya menangis setelah 3 minggu ada di rumah ni.Menangis sebab xdapat ambil lesen kereta lagi.Sob3
Cadangnya sebelum ni,saya akan ambil lesen dalam cuti sem sebulan ni dengan seorang sahabat saya sendiri.Tapi,mungkin saya terlewat sikit dalam urusan pendaftaran,sahabat saya tu telah pun start belajar memandu dahulu di pusat memandu Pendang.Ahh,apa nak dikata,mungkin dia ada sebab untuk ambil lesen kereta awal.Mengalir la jugak air mata tadi.Haaaa kenapa yaaa?Saya sentiasa mencari sebab bila air mata ni tumpah.Ye la,selepas sahaja saya menjejak kaki ke Kuala Pilah,air mata saya jarang2 keluar.Saya kuat……^^
Tapi kali ni,saya tewas.Mungkin apabila sahabat saya itu berbuat begitu,hati saya terus teringat akan peristiwa 7 tahun yang lalu….
‘Ya saya masih ingat ketika itu kami masih berada di darjah 6 (sekolah rendah).Waktu itu,boleh dikatakan kami ini adalah pelajar yang agak aktif dan menonjol.Jadi,kami menyertai banyak aktiviti sekolah dan saya pada waktu itu mengaktif kan diri saya dengan permainan bola baling.Begitu juga dengan sahabat saya.Malah sahabat saya itu lagi cekap bermain bola baling jika dibandingkan dengan saya.Dan sehinggalah suatu hari itu,sekolah mengadakan latihan sebelum bertanding.Ketika itu,saya dan sahabat itu berjanji untuk turun ke padang bersama2.Tetapi malangnya,saya ditinggalkan.Sahabat saya itu turun bersama kawan2 yang lain.Ya saya mengaku yang hati saya ini sangat mudah tersentuh,dan apabila seorang sahabat yang saya tersangat ingin dekat dengan dia memperlakukan sebegitu kepada saya,saya mula terasa hati dan mula merendah diri.Sejak dari hari itu,saya sentiasa mengingatkan diri yang saya ini kurang layak untuk bersahabat dengan dia.Dia dengan saya itu mempunyai latar belakang yang berbeza.’
Dan….bila hari ini perkara yang sama berulang lagi.Di mana saya turut ditinggalkan.Kalau dulu saya xada ‘geng’ untuk turun ke padang,tapi hari ini saya turut xada ‘geng’ untuk belajar.
Kalau saya mengimbau semula kenangan yang pernah saya dan dua orang lagi sahabat saya lalui ketika dulu,saya rasa, pasti kenangan itu akan membuatkan air mata saya tumpah macam air paip mengalir.Tapi,saya teringin mencatatkan segala peristiwa dan kenangan bersama kami dahulu.Saya ingin simpan semua kenangan itu di dalam tulisan saya.Sebab,bila suatu hari nanti apabila saya menjadi seorang yang pelupa,saya boleh mengutip kenangan lama itu kembali dengan membaca semula apa yang saya catatkan.Jadi,saya akan sentiasa ingat.
Ya Allah
Untuk sebarang kekurangan dalam diri ini,
Janganlah Engkau jadikan ia sebagai penghalang diri ini untuk meraih ehsan Mu di dunia & akhiratMu
Pinjamkan lah kepada kami ini sedikit dari kekuatanMu,
Ya Allah
Sekiranya sesuatu keadaan itu tidak elok untuk diri ini maka Engkau jauhkan lah,
Dan sekiranya sesuatu keadaan itu elok lagi berkat  bagi diri ini dan keluarga,Engkau dekat kan lah,
Ya Allah
Sesungguhnya,hidup dan mati ku hanyalah untukMu.
Ya Rasul kami,Nabi Muhammad,
Berilah kami syafaatMu,
-Amin-
31.10.12

Mai cek oi mai cek mai
Kita ke negeri kedah
Mai oi bagi ramai
Jamu nasi kawah
Naik kapai terbang turun kepala batas
Makan tok sah bimbang
Kami banyak beras
Ikut lebuh raya
Terus ke kayu hitam
Jaga cek oi jaga qeta meneru-meneram
Mengkala mai kedah
Singgah lah ke pekan rabu
Minum nira nipah
Makan emping kerabu
Kot lah rasanya penat
Jom p ke langkawi
Langgah ayaq gamat
Minumlah ayaq tongkat ali
Langgah ayaq gamat
Muka naik seri
Kedah sudah lah maju
Tak lagi macam lah dulu
Rumah serba baru
Kenduri ada selalu
Tengok sana sini
Pembangunan serata negeri
Ada mesin padi
Ada kilang besi
Melawak orang kedah jangan cepat terasa
Tok sah duk kisah
Berkawan cepat mesra


Assalamualaikum…….
Entry kali ini saya tujukan kepada kawan2 saya (Syazan,Pening dan Zainul).Terima kasih kepada anda yang sudi datang melawat negeri kami,negeri kedah, yang xseberapa nih.Terharu.
Akhirnya rancangan mat jenin kita tu jadi jugak kan?Dari hari tu lagi asyik merancang,lepas tu xjadi.Tapi last2 dapat datang jugak.Bangga kan bila ada orang datang negeri kita.Rasa macam nak bawak pusing2 satu negeri.Tunjuk kan kecantikan negeri kita nih.Hahaha
Tapi malang nya kali ni kami xsempat nak berjalan2 pergi banyak tempat2 lain.

Untuk Syafiq a.k.a Pening,ye la aku tahu kau ‘menang’.Beriya2 kau lawan dengan aku yee.Aku tunjuk menara Alor Setar dekat kau,kau cakap ‘alahh,dekat seremban pun ada’.Lepas tu masa kita on the way nak pergi rumah Adilah, kau terbaca dekat signboard tu ada tertulis ‘Kepala Batas’,lepas tu Hani cakap,kami ada airport.Dushhh…kau ada???hahahaha.Eh kau pun cakap kau ada ke?Tak pe…..Lepas tu mula lah sesi temu ramah.Kau Tanya kitorang ‘Kalau balik naik flight macam mana?Dari airport nak naik apa?’Hahaha.Silakan jeles yee….?

Untuk Acap @ Asyraf Afiq,thanks sebab sudi datang rumah dan ambil aku untuk join korang.Hahaha,walaupun terlewat kan,tapi it’s still ok.Lepas tu datang pulak hantar aku masa balik tuu.Ye sebelum pukul 7 kan kita sampai rumah.

Kak long @Kak asma yang memeriahkan lagi percutian kami hari tu kan.Terima Kasih noh.Sanggup uh dia dating merentasi laut Langkawi tu semata2 nak hang out sama2.Tahniah2

Hani Meow ku yang comel lagi menawan,xpuas la peluk hang hari tuuu.Kikikiki,dah naik kereta sekali pun still xpuas duduk dengan hang kan.Hani,bila2 nanti hang mai tidoq rumah aku pulak taw.Kita p tengok bendang.

Untuk Syazan,thanks coz sudi datang untuk yang ke berapa kali pun.Aku tahu,dulu kau sekolah dekat Kedah kan.So memang kau datang sini,kau dapat lah mengembalikan nostalgia lama kau dulu.Eheeee….Terima Kasih tau.Kalau xde korang satu keta viva tu,memang xbes la kita punya trip nih.Hahaha

Waaa kawan kita yang sorang lagi nih.Mula2 tu saya ingat kan dia xsampai dah ke Kedah.Ape lah kau ni Zainul.Main2 pulak diaa.Haaaaa,apa yang saya tahu,mula2 tu dia terlepas train untuk datang kedah sekalik dengan Syazan dan Pening.Lepas tu dia terus g ambik bas untuk turun dekat SP.Bila bas dah sampai SP,boleh pulak dia tertido.Hahahaha.Nasib baik la ada lagi satu terminal yang dia boleh turun.Kalau dia terlepas Perlis macam mana?Sapa la yang nak pergi ambil tuu.Nasib baik la dekat Alor Setar je kan dia terlajak.Tapi xpe Zainul,ni la pengalaman,bila lagi kan.

Haaaa,ni untuk Adilah.Kawan Kedah aku yang selalu lepak dengan aku masa dekat atas bas tuu.Thanks Dilah sebab bagi kitorang makan chicken chop dekat rumah mung tuu.Sedih jugak sebab xdapat jumpa mak hang,tapi bila dah jumpa tok hang yang sporting tuu,ok la kan.Eheee.Hummmmm,Dilah terima kasih banyak2 sebab hang sudi duduk dengan aku masa atas bas.Terharuuuuu…..

Bila tangan dah lenguh nak menaip ni,otak pun malas nak berfikir kan.Ok lah sampai sini je.Bila saya dah coret kan semua kenangan kita dekat dalam blog niii,sekurang2 nya saya dapat menyimpan kenangan tu.Al maklum lah,otak ni untuk belajar jeee..Muahahahha

Ok lah,ni gambar kami bertiga yang selalu balik kedah sama2.Tweeeet tak??hahaha

18.10.12

Sambung Pasal Story Semalam

Okeh untuk pengetahuan semua,hari ni saya akan pulang ke kedah.Sekarang ni still ada dekat Seremban sebab bas malam nanti.Ayoyaiii,malasnya nk menunggu:)

Panjang ceritanya kenapa saya datang terlebih awal dekat terminal nii.Tapi oleh sebab hari ni malas nak menulis,saya tangguh kan dulu yea.

Doakan perjalanan saya yang selama 7 jam tu selamat^^

Incredible Hulk Dah Cuti

Saya yakin,sspa2 saja yang dengar perkataan cuti tu,mesti dalam hati dah bersorak gembira.Tak kiralah orang tu pelajar ke,sape2 je lah,even orang yang dah bekerja tu pun seronok bila dengar nak cuti.Jadi,apa yang saya nak cerita benda tu jugak terjadi kepada saya sendiri.Ye memang hari ini saya sebagai student UiTM dah pun mula cuti.Cuti akhir sem yang sangat lama bagi saya(sebulan setengah),cuti sem yang memang semua pelajar UiTM tunggu2.

Bila last paper masa hari rabu hari tu(17.10.2012), bila saya tengok muka sorang2 classmate saya,nampak la yang semua orang xsabar nak balik dan ramai yang seronok bila dah habis final exam tu.Saya pun sama.Tapi saya hanya habis exam je, belum boleh balik lagi sebab tiket bas saya ke kedah hari jumaat.Dan bila saya tengah menulis ni pun, saya ada kat dalam kolej kuala pilah ni lagi.Tiket bas lewat 2 hari menyebabkan saya dah jadi macam incredible hulk.Nasib baik badan ni tak bertukar jadi warna hijau je lagi.Awak tanya apa yang jadi sampai saya nk bertukar jadi incredible hulk?

Hah,mari2 sini saya ceritakan,
Semester 3 ni,proses penyimpanan barang2 dekat stor tu kurang lancar sikit *ada la tu apa2 yg Allah nak bagi pengajaran kan.Apa yang kurang lancarnya ialah bila lepas saja saya dah siap packing2 barang lepastu bawak la barang2 yang berat tuu *almaklumlah buku2 tu dah 3 sem xbawak balik kan.Jadi, cuba lah bayangkan keberatan dia.
Lepastu bila dah sampai depan stor petang tu,tahu apa yang saya nampak?Stor dah tutup.Hwuaaaaa,penat pun xhilang lagi ni,xkan la nak bawak barang2 ni letak kat bilik lagi kot kan.Boleh patah tangan kalau macam tu.Masa dah penat2 tu,terkeluar la jugak air mata ni.Ya Allah,saya penat.Tapi lepas tu ada 2-3 orang kawan2 saya yang tolong angkat kotak2 dan beg tu naik semula kat atas.Tapi bukan kat kolej tempat saya tinggal(SM6),diorang letak barang2 tu dekat bawah kolej yang bersebelahan kolej saya(SP 4).Mungkin sebab nanti xpayah la nak angkat banyak2 kali kan.Lagipun SP 4 tu dekat la jugak dengan stor simpan barang tu(SP 2).Saya pun fikir senang jugak.Lepas satu ujian Allah.

Bila dah balik bilik tu dah malam dah.Lepastu kemas2 la sikit bilik yang bersepah tu sampai lah maghrib.Lepas Maghrib,tetiba kawan saya menjerit,'hujan'.Ok,memang hujan pun kat luar tu.Hujan tu memang lebat ditambah dengan angin,guruh dan kilat semua.Saya cepat2 la lari pergi ambik baju dekat luar.Saya memang xingat apa2 tentang kotak2 saya yang dekat aras bawah SP 4 tu.Saya agak dalam setengah jam hujan,baru lah saya teringat barang2 tu.
'basah ke tidak barang2 aku tu'
Masa tu saya memang dah xsedap hati.Kalau barang2 saya basah macam mana?Dah la ada buku bagai.Saya sayang buku2 saya.Jadi,dengan berbekalkan payung,saya seorang diri terpaksa la meredah hujan yang lebat tu.Nasib baik la masa tengah berjalan tu,xda sangat guruh+kilat.Alhamdulillah.
Bila dah sampai SP 4 tu,apa lagi,basah lah sikit kotak saya tu.Nasib baik la saya cepat,kalau tak memang hancur buku2 tu.Lepastu pindahkan barang2 yg basah tu kat bilik kawan.Nasib baik la ada yang tolong.

Hari Khamis
Pagi2 lagi saya dengan yasmin dah keluar rumah mencari rezeki pergi makan roti canai.Makan punya makan,kitorang tengok movie pulak.Tapi aku tertidur la.Hahaha,yasmin yang tengok sorang lepastu.Petang tu dalam pukul 3.30 petang kitorang keluar lagi.Mula2 tu rancang nak pergi ambik kad diskaun siswa tu,tapi oleh sebab ada masalah pasal barang lagi,kitorang singgah rumah kawan kejap and then baru pegi admin,ambik kad tu.Mak ai,punya la ramai orang berbaris tunggu giliran.Yeay,bila dh dapat kad tu,kitorang terus pergi makan.
Makan la untuk tambah tenaga nak angkat barang2 yang tertangguh semalam tu.Saya berjaya sampai awal masa nak simpan barang tuu,sampaikan stor pun xbuakak lagi masa tu.Amek kau...
 Masa dalam stor tu,apa yang saya lihat ialah kekemasan susunan beg kitorang dalam tu.Tahniah lah untuk MPP baru yang berjaya jalankan tugas ni dengan lancar.


Itu aje yang saya mampu tulis.Terima Kasih kepada semua kawan2 yang banyak menolong.Tanpa anda,maka tidak berjalan lah semua kerja2 saya tu:)
Terima kasih Allah











15.10.12

Bakal Menutup Tirai

Hari ni bila mengenangkan tinggal satu je lagi paper untuk final examination sem ni, tetiba macam2 rasa muncul.Humm mula2 tu seronok, lepas tu sedih pulak nak tinggal kan sem 3 ni yang full of masam manis dia.Hah, apatah lagi bila awal2 sem 3 ni saya dah mula pergi kelas beramai2.Jadi, kenangan berjalan bersama itu lebih indah.Ye la, bila berjalan tu kami asyik berbual ajee.Tak habis2 kan.Start dari mula nak jalan ke fakulti sampailah sampai depan lift, mulut kami riuh lagi.Tu pun kami stop cakap masa di depan lift sebab ramai orang *malu la.Kalau x, kami boleh bercakap sampai la kat depan pintu masuk kelas kan.

Sem ni banyak meninggalkan kenangan buat saya.Kenangan yang menjadi pengajaran, kenangan yang mengajar erti hidup.Kenangan itu pasti susah untuk dilupakan.
Bagaimana hendak dilupa dengan kenangan itu, apabila hampir semua kerja dilakukan bersama2.Ketika senang,orang itu muncul dan tatkala kehidupan dilanda badai orang itu tetap di sisi.Menghulurkan secebis pertolongan menjadikan hidup ini lebih manis macam mkn ais krim  di perantauan tanpa ibu bapa mahupun saudara.Orang itulah yang menjadi rencah masam manis dalam cerita hidup di bumi pinjaman ini.

Orang itu mengajar sifat sabar.Mengajar bahawa sabar itu lebih indah, seindah ciptaan Tuhan.Mengajar menjadi setia dalam perhubungan.Mengajar dan menyedarkan saya bahawa kebahagiaan dalam sesuatu hubungan itu bukan dijamin dengan rupa paras dan harta, tapi adalah dengan nilai kasih sayang itu yang disemai dalam perhubungan.










Terima kasih insan yang bernama sahabat.

14.10.12

microbe 'mencengkam jiwa'

Photo: bila paper microbe dh dekat, mcm ni lah jadinya :3


Ni lah rupa katil saya bila exam.Tambah2 pulak subjek microbiologi nih.Memang bersepah habis la kan.Tu pen banyak2 + marker skalik nak buat note sebenarnya.Alaaa..note tentang bacteria semua.Ni lah nasib budak belajar makan kn.Hehehehe



13.10.12
SIAPAKAH wanita cantik itu ? 


✔ Dia melukis 

kekuatan melalui masalah . 


✔ Dia tersenyum saat 

tertekan .


 ✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .


 ✔ Dia tabah saat dihina . 


✔ Dia mempersona 

 kerana memaafkan


 .✔ Dia mengasihi tanpa balasan .


✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan 

pengharapan Ilahi .


 ~> Jadilah wanita cantik itu :)
6.10.12

best!!

Aku Islam
aku insan kuat yang tidak gelincir di saat air mata membanjir,
aku bukan si lemah yang akan tersungkur apabila langkah kabur,
aku sangat kuat untuk mencari semangat baru bila kekuatan semalam mula layu,
dan aku akan berjaya mengharungi hari-hari yang tiba kerana aku insan yang tidak mudah putus asa!!!
(katakan pada hati, bisikkan pada diri)

jangan bersedih dengan masa lalu yang sudah pasti telah meninggalkan hidupmu..kesedihan mengingatkannya hanya akan menjadikan diri dalam kegelisahan dan tidak menentu, seumur hidup kan berada dalam kekusutan dan pilu...
jangan sedih memikirkan masa depan yang sebenarnya masih di alam ghaib, tidak lagi turun ke bumi dan myempurnakan hari2, mungkin jua esok tidak akan pernah ada dan mungkin jua kan


berlaku sebaliknya dari kesedihan yang dijangka.
tetapi, hari ini adalah harimu yang sedang kamu lalu, lakukanlah perkara2 yang baik yang membahagiakan hatimu dan orang sekelilingmu.. andai kamu sedang berdepan ujian, lalui dengan pengharapan yang penuh kepada Allah yang maha penyayang.
rasullah s.a.w bersabda " Allah tidak menetapkan qadha' bagi seorang hamba, kecuali qadha' itu baik bagi dirinya"



  sedarlah bahawa kita sedang hidup di DUNIA, tempat yang banyak CUBAANNYA. sini bukan SYURGA, untuk kau dakap segala yang kau inginkan semudah kata,sini adalah DUNIA yang menagih perjuangan untuk mendapatkan sesuatu yang berharga....dan kerana kita berada di perut DUNIA, kita berdepan dugaan yang mengusik tatkala sesuatu usaha tidak berhasil seperti yang dipinta. tetapi, SYUKUR perlu memenuhi jiwa atas segala pemberianNya. biarpun, di DUNIA kita jauh dari sesuatu yang diimpi, semoga SYUKUR yang kita bajai di jiwa menjadi harta untuk kita membeli kembali impian yang kita ingin tadi ketika di ALAM SANA....aamin..





 ramai yang kecewa dan derita meminta untuk cepat2 kembali ke sana, seolahnya kematian adalah pengakhiran segala derita, sedangkan mati ialah permulaan sebuah kembara yang nyata....


berfikirla sejenak..ramai yang telah di ambil nyawanya, meminta nyawa kembali untuk pulang ke dunia,untuk membetulkan segala silap yang telah dicipta..namun, xmungkinkan jadi nyata segala yang dipinta.
sedang kita, masih diberi peluang untuk menjadi insan berguna, masih berkesempatan menjadi hambaNya yang bertaqwa...
mengapa disia-siakan waktu yang ada?





Assalamualaikum

bila saya bercakap suara mcm nk nangis,

bila saya menulis tangan mcm xnk tulis,
bila saya minum,air selalu nak tumpah,
bila saya mkn,saya trsedak,
bila saya jalan,saya selalu penat,
bila saya berhadapan dengan org,saya nervous,
saya xtahan panas,
saya kuat makan,

That's me...yes mmg sy sakit :)
sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu
5.10.12

'eh xpe lah'

Hari ni saya cakap lagi
'eh, xpe lah'
Hari sebelumnya pun saya macam cakap jugak
'eh, xpelah'

Haish sampai bila la saya asyik duk nak sebut ayat tuuu?
Hmm..tapi ok jugak, bila ada orang mengecewakan saya dan orang tu minta maaf,dengan sendirinya mulut saya akan keluar perkataan ni lagi
'eh, xpe lah'

Bila cakap macam tu, automatiknya saya xjadi nak marah orang tuuu.Hebat kan ^_^
Ya la, saya tahu kalau kita marah,syaitan pun seronok,kita pulak yang xseronok.Kan2?
Tapi, saya kadang2 xjuga sempurna.Kalau dah terlalu marah tu, kadang2 saya sendiri xboleh 'control' kan.Lagi pun, lepas saya ada penyakit thyroid ni, saya jadi nak cepat marah.Tapi saya nak jugak sedaya upaya lawan sifat marah tuu.Kalau kita asyik marah je, nanti kita pulak yang sakit kan?

So, hidup jangan marah :0
Peaceee...


30.9.12

Final Exam



Besok hari pertama bermulanya peperiksaan akhir sem 3.Ya Allah, berdebarnya... :3
Ya Allah,
Bersihkanlah hati kami dari sebarang kekotoran,
Permudahkan lah kami menjawab pada esok hari,

Ya Allah,
Engkau berada lah sentiasa berada di sisi kami,
tidak kira lah apa jua yang kami lakukan,


Ya Allah,
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami

Ya Allah,
Sesungguhnya kami bertawakkal kepadaMu,
setelah kami usahakan 
Justeruuuu,berilah kami peluang untuk meraih kejayaan :)

-Amin-
27.9.12

^ _^Yasmin








Ni petikan daripada fb kawan saya.

‎" Usunglah dirimu ke TIKAR SOLAT sebelum kamu diusung ke LIANG LAHAD dan menjadi santapan CACING dan ULAT "

P/S : baca dengan penuh intonasi anda~



















26.9.12

3 hari 2 malam di Gombak


Alhamdulillah
Segala urusan dalam 3 hari ni dipermudahkan Allah.
Dari awal perjalanan kami sampai ke akhir semuanya berjalan lancar.

Coret2 perjalanan kami :

Ahad : Pagi2 lagi dah bertolak ke Pasar Seni(naik bas).Lepastu ambik LRT ke Taman Melati (rumah ayu)
Bila dah sampai tu terus je makan *macam monster laparnya.hahaha.Bila perut dah kenyang, kami berenang pulak.Berenang kat belakang rumah ayu jeee *kebetulan ada air terjun (seronok)
Bila dah naik dari air terjun tuuuu, kitorang makan lagi.Almaklumlah...perut dah bunyi kan.Mungkin sebab banyak sangat berendam kot.
Bila dah lepas makan malam pulak, kitorang ramai2 buat kuih.Jeng, jeng, jeng teka la kuih apa.
Hehe :)

seronok berendam :)




Bila dah penat, makan xsedar diri...hihi

Jom main masak2







Inilah hasil yang ariena dapat



Isnin : Pagi2 dah bangun, lepas tu mengadap tv.Hehehe.Bukan pemalas,tapi mama ayu tu xsuka masak ramai2.Lepa makan tengah hari kitorang keluar jalan2.Bukan main seronok sorang2 bila dapat keluar kan.Macam heaven habis la.
Macam- macam tempat la jugak kitorang pegi kan.Pasar seni dan masjid jamek tu destinasi wajib.
Bila balik rumah dh petang, sorang2 letih macam umur da 60 tahun haaa.Haahahaha

Pasar Seni




Otw to masjid Jamek : smpat lg brgambar




 Dan....bila dalam monorel ada la 2 org budak sesat


Selasa : Tiba lah masa untuk pulang ke kampus.Sediiiih.Tapi xpe bila2 cuti nanti we all pergi sana lagi.Hahaha.Bila nak balik tu, ada la bekalan sikit yang mama ayu kasi :)

TERIMA KASIH AYU DAN FAMILY~



18.9.12

^____^



Assalamualaikum semua, lama sungguh rasanya tidak update fanpage, sedangkan baru beberapa hari. Dalam satu Hadis, daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan....

Apa yang menariknya, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa konsep Law Of Attration yang dipopularkan oleh barat itu bukan perkara baru bagi kita umat Islam. Sebab Hadis Nabi SAW ini sudah menjelaskannya sejak lebih 1400 tahun dahulu.

Apa yang kita Niatkan, Gambarkan, Yakinkan maka itulah yang PASTI Allah datangkan, insya Allah. Niatkan untuk dapat rezeki, perniagaan menjadi, belajar dapat Semua A, dapat naik pangkat dan apa sahaja.. semuanya akan jadi. Apabila 2 orang cuba mendapatkan satu perkara yang sama, misalnya sama-sama mahu naik pangkat sedangkan hanya ada satu kekosongan, maka orang yang minda dan hatinya lebih kuat akan memperolehinya. The Strongest Mind Always Win! Kerana biasanya minda dan hati yang terdorong akan terlihat melalui tindakan dan tingkahlaku. Ia memberikan hasil.
Unlike ·  ·  · 13 minutes ago ·