Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

18.12.12

Adakah Kita Sudah Bersedia?

Apabila mengingatkan tentang perjalanan hidup kita yang pasti akan tamat,saya sering kali menyoal kepada diri sendiri,adakah saya sudah bersedia?Adakan amalan yang akan saya bawa itu mampu menyelamatkan saya daripada azab api neraka kelak.Adakah saya mampu untuk membela diri saya dengan amalan2 tersebut.Adakah akan ada orang lain yang masih hidup akan mendoakan saya sekiranya saya di alam  itu nanti?Adakah akan ada syafaat buat saya?Saya takut semuat itu.Ya,saya masih belum bersedia menghadapi semua perkara itu.Banyak lagi perkara yang perlu saya baiki tentang diri saya.Saya masih belum menjadi seseorang yang cukup amalannya.Saya masih lagi sering terleka.Solat saya kadang2 masih tidak mencukupi.Saya masih belum bersedia.Tapi saya takut.
Allah tidak pernah menangguhkan tarikh kematian seseorang walau sedetik pun,apatah lagi untuk sehari.Allah tidak pernah memilih sesiapa yang akan kembali kepadaNya dahulu.Sama ada yang masih kecil,remaja,dan yang tua pasti akan menghadapi kematian.

Ya,saya tahu,kematian itu semakin hari semakin dekat dengan kita.Cuma kita sahaja yang belum tahu.Setiap hari akan ada sahaja daun yang gugur di atas Arash Allah sana manandakan pemergian seseorang.Sama ada orang itu jauh atau dekat dengan kita sahaja dan mungkin sahaja diri kita sendiri.Yang itu, kita belum pasti.
Cukup lah baru2 ini sahaja saya mendengar tentang kematian2 saudara saya yang di kampung.Begitu cepat mereka kembali kepadaNya dan dalam sesetengah mereka kembali dengan membawa tubuh badan yang masih sihat.Sangat menginsafkan saya.Itulah kekuasaan Allah kan.Dia tidak pernah memilih umur dan pangkat untuk diambil nyawa.

..................................................................................................................................................

Apabila pagi yang cerah itu,alhamdulillah saya selamat sampai di bumi Kuala Pilah pada pukul 9 pagi untuk memulakan pengajian.Orang pertama yang saya hubungi adalah emak bagi memberitahu bahawa saya sudah selamat sampai.Apabila panggilan dijawab,emak dalam nada sedih memberitahu saya bahawa seorang nenek saudara saya telah meninggal dunia pada pagi itu juga.Katanya nenek saudara saya itu dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang menyebabkan dia dan salah seorang cucu kembarnya meninggal dunia.Ya memang saya kenal orangnya,tapi setahu saya dia masih sihat dan seingat saya cucunya baru berusia 5 tahun.Dan dalam dua hari sebelumnya,saya baru sahaja berjumpa dan menegur sapa dengan arwah di pasar malam ketika masih di kampung.إنّا لله وإنّا إليه راجعون

Tidak pernah ada seorang pun yang mengetahui takdir hidup sendiri.Tiada sesiapa pun yang menyedarinya.Kita sering leka dengan kehidupan kita di atas muka bumi ini.Kita sering berbangga dengan apa yang kita ada.Kita lupa siapa yang menjadikan kita.Kita lupa yang kita pasti akan meninggalkan dunia yang sementara ini.Kita sering lalai untuk menunaikan tanggungjawab kita.Kita lupa untuk mengadu kepada Pencipta kita.Kita lupa untuk menilai diri kita.Adakah kita sudah bersedia menghadapi sakaratul maut itu sendiri?

..................................................................................................................................................

Kubur/liang lahat setiap hari menyeru kepada manusia 5 kali :
  1. Aku rumah yang terpencil,maka akan senang dengan membaca Al-Quran.
  2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu,bawalah amal soleh yang memberi hamparan.
  4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
  5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir,maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah,Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
Ya Allah,
Tunjukilah kami jalan yang benar yakni jalan orang2 yang soleh,
Jauhilah kami daripada melupakanMu,
Janganlah sesekali Engkau lalaikan kami dengan nikmat di atas muka bumi ini,

للّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”
-Amin-





0 comments:

Post a Comment