Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

15.10.12

Bakal Menutup Tirai

Hari ni bila mengenangkan tinggal satu je lagi paper untuk final examination sem ni, tetiba macam2 rasa muncul.Humm mula2 tu seronok, lepas tu sedih pulak nak tinggal kan sem 3 ni yang full of masam manis dia.Hah, apatah lagi bila awal2 sem 3 ni saya dah mula pergi kelas beramai2.Jadi, kenangan berjalan bersama itu lebih indah.Ye la, bila berjalan tu kami asyik berbual ajee.Tak habis2 kan.Start dari mula nak jalan ke fakulti sampailah sampai depan lift, mulut kami riuh lagi.Tu pun kami stop cakap masa di depan lift sebab ramai orang *malu la.Kalau x, kami boleh bercakap sampai la kat depan pintu masuk kelas kan.

Sem ni banyak meninggalkan kenangan buat saya.Kenangan yang menjadi pengajaran, kenangan yang mengajar erti hidup.Kenangan itu pasti susah untuk dilupakan.
Bagaimana hendak dilupa dengan kenangan itu, apabila hampir semua kerja dilakukan bersama2.Ketika senang,orang itu muncul dan tatkala kehidupan dilanda badai orang itu tetap di sisi.Menghulurkan secebis pertolongan menjadikan hidup ini lebih manis macam mkn ais krim  di perantauan tanpa ibu bapa mahupun saudara.Orang itulah yang menjadi rencah masam manis dalam cerita hidup di bumi pinjaman ini.

Orang itu mengajar sifat sabar.Mengajar bahawa sabar itu lebih indah, seindah ciptaan Tuhan.Mengajar menjadi setia dalam perhubungan.Mengajar dan menyedarkan saya bahawa kebahagiaan dalam sesuatu hubungan itu bukan dijamin dengan rupa paras dan harta, tapi adalah dengan nilai kasih sayang itu yang disemai dalam perhubungan.










Terima kasih insan yang bernama sahabat.

0 comments:

Post a Comment