Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

6.10.12

best!!

Aku Islam
aku insan kuat yang tidak gelincir di saat air mata membanjir,
aku bukan si lemah yang akan tersungkur apabila langkah kabur,
aku sangat kuat untuk mencari semangat baru bila kekuatan semalam mula layu,
dan aku akan berjaya mengharungi hari-hari yang tiba kerana aku insan yang tidak mudah putus asa!!!
(katakan pada hati, bisikkan pada diri)

jangan bersedih dengan masa lalu yang sudah pasti telah meninggalkan hidupmu..kesedihan mengingatkannya hanya akan menjadikan diri dalam kegelisahan dan tidak menentu, seumur hidup kan berada dalam kekusutan dan pilu...
jangan sedih memikirkan masa depan yang sebenarnya masih di alam ghaib, tidak lagi turun ke bumi dan myempurnakan hari2, mungkin jua esok tidak akan pernah ada dan mungkin jua kan


berlaku sebaliknya dari kesedihan yang dijangka.
tetapi, hari ini adalah harimu yang sedang kamu lalu, lakukanlah perkara2 yang baik yang membahagiakan hatimu dan orang sekelilingmu.. andai kamu sedang berdepan ujian, lalui dengan pengharapan yang penuh kepada Allah yang maha penyayang.
rasullah s.a.w bersabda " Allah tidak menetapkan qadha' bagi seorang hamba, kecuali qadha' itu baik bagi dirinya"



  sedarlah bahawa kita sedang hidup di DUNIA, tempat yang banyak CUBAANNYA. sini bukan SYURGA, untuk kau dakap segala yang kau inginkan semudah kata,sini adalah DUNIA yang menagih perjuangan untuk mendapatkan sesuatu yang berharga....dan kerana kita berada di perut DUNIA, kita berdepan dugaan yang mengusik tatkala sesuatu usaha tidak berhasil seperti yang dipinta. tetapi, SYUKUR perlu memenuhi jiwa atas segala pemberianNya. biarpun, di DUNIA kita jauh dari sesuatu yang diimpi, semoga SYUKUR yang kita bajai di jiwa menjadi harta untuk kita membeli kembali impian yang kita ingin tadi ketika di ALAM SANA....aamin..





 ramai yang kecewa dan derita meminta untuk cepat2 kembali ke sana, seolahnya kematian adalah pengakhiran segala derita, sedangkan mati ialah permulaan sebuah kembara yang nyata....


berfikirla sejenak..ramai yang telah di ambil nyawanya, meminta nyawa kembali untuk pulang ke dunia,untuk membetulkan segala silap yang telah dicipta..namun, xmungkinkan jadi nyata segala yang dipinta.
sedang kita, masih diberi peluang untuk menjadi insan berguna, masih berkesempatan menjadi hambaNya yang bertaqwa...
mengapa disia-siakan waktu yang ada?





0 comments:

Post a Comment