Ya Allah,
Rasa rindu yang teramat sangat,
Rasa macam nak peluk dan cium mereka sahaja pada saat ni,
Alangkah baiknya jika mereka ada di depan mata kita sekarang,wahai ayahanda dan ibunda yang tercinta.
16.1.13
11.1.13
by : Hilal Asyraf
Saya masih belum sampai ke rumah. Perjalanan ada sekitar sejam lagi.
Esok saya perlu keluar rumah pukul 7pagi untuk ke program saya yang akan berlangsung hingga Maghrib.
Kadangkala bila berlaku begini, saya memahami bahawa tidak wujud kejayaan itu tanpa pengorbanan.
Maka apabila kita ingin berjaya, akan ada perkara kita perlu korbankan.
Mungkin duit, masa, tidur kita, dan hingga satu tahap - nyawa kita pun akan kita pertaruhkan demi menggapai kejayaan yang besar.
Itulah dia jalan dakwah. Tidak dihampari permaidani merah dan taburan bunga. Tetapi jalannya mencabar bersama duri-duri yang terpacak.
Dan amatkah rugi, bila kita berkorban untuk dapatkan keredhaan manusia. Kerana tiada siapa yang mampu membayar pengorbanan, melainkan Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya.
Esok saya perlu keluar rumah pukul 7pagi untuk ke program saya yang akan berlangsung hingga Maghrib.
Kadangkala bila berlaku begini, saya memahami bahawa tidak wujud kejayaan itu tanpa pengorbanan.
Maka apabila kita ingin berjaya, akan ada perkara kita perlu korbankan.
Mungkin duit, masa, tidur kita, dan hingga satu tahap - nyawa kita pun akan kita pertaruhkan demi menggapai kejayaan yang besar.
Itulah dia jalan dakwah. Tidak dihampari permaidani merah dan taburan bunga. Tetapi jalannya mencabar bersama duri-duri yang terpacak.
Dan amatkah rugi, bila kita berkorban untuk dapatkan keredhaan manusia. Kerana tiada siapa yang mampu membayar pengorbanan, melainkan Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya.
Minggu Yang Paling Menguji??Ye Ke?
Ya,saya sekarang sudah hampir dua tahun bergelar pelajar diploma dalam bidang Teknologi Makanan di UiTM.Berada di semester 4 yang agak mencabar berbanding semester2 lain.Kalau semester sebelum2 ini,saya dan kawan2 hanya belajar subjek2 asas,lain pula apabila kami berada di semester 4 ini.Untuk this sem,banyak subjek yang saya belajar lebih banyak ke arah subjek food.Contohnya macam : Food Analysis,food hygiene,food preservation dan unit operation.Ye,semuanya tentang makanan yang berada sekeliling kita.Sebenarnya belajar tentang makanan ini tidaklah terlalu membosankan bagi saya.Ini kerana,banyak perkara yang kita boleh tahu tentang makanan di sekeliling kita.Apa makanan yang kita selalu ambil dan apa kesannya.Best kan...?^^
Tapi kan,sekarang saya dan classmate saya dah mula busy.Minggu2 yang memenatkan saya dan kami2 adalah minggu ni.Start dari hari Isnin hari tu sampailah hari jumaat,ye hari ni.
Hari Isnin,awal2 pagi lagi kitorang dah start kelas.Pukul 8 tuu.Memang awal la bangun kan...awal la sangat yee..?hahaha
lepas habis je kelas pagi tu,bersambung pulak dengan lab.Hari tu ingatkan lab boleh la habis awal,humm around 12 tngah hari ke,boleh la balik awal sikit and rehat2 tapi hampeh.Kitorang terpaksa drag masa sampai pukul 3 petang.Sebabnya kitorang tunggu eksperimen yang dibuat tu betul2 menjadi.Yang setia tunggu eksperimen tu 11 orang ja.Ye,sangatlah boring dalam lab tu sebab kitorang just tunggu2 je,xbuat apa2 pun.Hihihihihi...so,bile kitorang nak menghilang boring uhh...makanya......apa lagi...
\
Kitorang pun duk meng'gigih' bergambar la.Muahaha
Okess,ni adalah 11 gadis yang setia.Bolehla pakat buat calon noh.Hahaha..Gambar ni nampak ceria aje,padahal time ni semua dah xlarat dah.Ada yang mengantuk,ada yang sakit kaki.Hahaha,macam2..tapi semangat tu tinggi kan.Kitorang sanggup tunggu dalam lab tu hampir 5 jam.Fuhhh~~~
Dah balik pukul 3 tu,kitorang datang pulak pukul 4 sebab ada kelas lagi.Tapi......bila sampai2 aje,diorang cakap kelas cancel sebab sir ada meeting.Ada ke patut kan??Penat la kami...>balik>buat lab report>tido
Bila hari Selasa,ke'busy'an tu semakin menjadi2.Sebabnya kelas hari tu hanyalah full dengan lab yang memaksa kami untuk berdiri dan berkawad ulang alik dalam lab makanan tu.Lab makanan dah la luas.Seluas padang bola saya agak.Hahaha.Ter'over' kejap.
Tapi...yang besnya lab hari tu,kitorang buat eksperimen tentang kek.Jadinyaa kitorang kena la buat kek.Hihihihi.Ada group yang lain kena buat milo 3 in 1.Seronok...Buat kek vico guna resepi masing2..Ehee..Dan......yang paling seronoknya,kek kitorang tu menjadi dan mendapat pujian sir.Hihihi,bangga sekejap.Elok je kek masak,kitorang makan ramai2 sambil minum air milo ais.Seronok tengok orang lain seronok.Yokk happy!!!
Dan....benda yang paling kami xlupa...........................................................................................
Bergambar lagi dengan kek.Eheeee....ini kek vanilla yang Hani saja2 buat.Dah tepung lebih kan.Buat aje la.Tapi sedapnya memang xboleh dinafikan.Siap ada yang kata macam makan kek yang mak buat bila makan kek nih dan yang paling lawaknya,ada yang panggil hani mak sebab buat kek sedap sangat mungkin.Hahaha,entah laa..^^
Dan yang ini adalah team mate saya dalam lab unit operation ni.Yang bertudung purple sebelah saya tu pandai buat kek.So,kitorang ikut je step dia.Muahahaha..so hasilnya kek kumpulan kitorang boleh lah dikategorikan kek yang sangat sedap.Dia punya texture,colour and also flavour tu sangat menarik.Hihihi.
Lab petang pulak kitorang just teruskan dengan eksperimen on daging.Even letih,tapi lab kelas kitorang tetap diteruskan dengan riang masing2.Padahal masa tu tangan saya dah menggigil2 sebab sangat lapar.Ye la,memang sehari tu xsempat nak makan nasi pun.Bila dah habis lab petang tu dalam pukul 5 la,baru la saya sempat makan.
Hari Jumaat pulak,kitorang ada test unit operation.Tapi test tu memang sempoi dan Alhamdulillah saya boleh jawab.Terima Kasih Allah,terima kasih Sir Shahrimi,terima kasih Hani n Athirah and terima kasih kawan2 yang lain sebab banyak tolong sepanjang minggu ni.Minggu yang paling sibuk.Wahh,mungkinkah minggu depan pun sama??
Nampak2 macam busy jugak aje.
P/S : Ya Allah,pinjamkan sedikit kudratMU:)
2.1.13
Antara Persahabatan dan Keegoan
Kenapa antara persahabatan dan keegoan?
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinya.
Keegoan kadang kala mampu untuk membuatkan seseorang itu mensia-sia kan sahabatnya.Manusia ini sifatnya akan menghargai seseorang apabila seseorang tiada di depan mata.Ahh,itu lumrah alam persahabatan.Keegoan itu mengatasi segalanya.Semuanya ingin tunjuk kehebatan masing2,semuanya ingin mendapat perhatian.Tanpa kita sedari hati seseorang terguris,tanpa kita sedari dia menangis.Bila mula kehilangan,mulut sibuk menyebut,menyeru,memuji,menangis,meratapi menyalahkan orang lain.
Bila keegoan mula menguasai diri,
segala kebaikan si dia mula kabur di pandangan,semua yang baik dinampaknya menjadi buruk belaka. Yang betul dikatakan salah semuanya. Ahh...itu manusia.
..................................................................................................................................................
Mendiamkan diri itu lebih baik daripada mengagungkan sifat ego,tapi jika kita melarikan diri ?
P/S : Indahnya hidup jika saya mempunyai sahabat sejati yang diredhai Allah :)
18.12.12
Adakah Kita Sudah Bersedia?
Apabila mengingatkan tentang perjalanan hidup kita yang pasti akan tamat,saya sering kali menyoal kepada diri sendiri,adakah saya sudah bersedia?Adakan amalan yang akan saya bawa itu mampu menyelamatkan saya daripada azab api neraka kelak.Adakah saya mampu untuk membela diri saya dengan amalan2 tersebut.Adakah akan ada orang lain yang masih hidup akan mendoakan saya sekiranya saya di alam itu nanti?Adakah akan ada syafaat buat saya?Saya takut semuat itu.Ya,saya masih belum bersedia menghadapi semua perkara itu.Banyak lagi perkara yang perlu saya baiki tentang diri saya.Saya masih belum menjadi seseorang yang cukup amalannya.Saya masih lagi sering terleka.Solat saya kadang2 masih tidak mencukupi.Saya masih belum bersedia.Tapi saya takut.
Allah tidak pernah menangguhkan tarikh kematian seseorang walau sedetik pun,apatah lagi untuk sehari.Allah tidak pernah memilih sesiapa yang akan kembali kepadaNya dahulu.Sama ada yang masih kecil,remaja,dan yang tua pasti akan menghadapi kematian.
Ya,saya tahu,kematian itu semakin hari semakin dekat dengan kita.Cuma kita sahaja yang belum tahu.Setiap hari akan ada sahaja daun yang gugur di atas Arash Allah sana manandakan pemergian seseorang.Sama ada orang itu jauh atau dekat dengan kita sahaja dan mungkin sahaja diri kita sendiri.Yang itu, kita belum pasti.
Cukup lah baru2 ini sahaja saya mendengar tentang kematian2 saudara saya yang di kampung.Begitu cepat mereka kembali kepadaNya dan dalam sesetengah mereka kembali dengan membawa tubuh badan yang masih sihat.Sangat menginsafkan saya.Itulah kekuasaan Allah kan.Dia tidak pernah memilih umur dan pangkat untuk diambil nyawa.
..................................................................................................................................................
Apabila pagi yang cerah itu,alhamdulillah saya selamat sampai di bumi Kuala Pilah pada pukul 9 pagi untuk memulakan pengajian.Orang pertama yang saya hubungi adalah emak bagi memberitahu bahawa saya sudah selamat sampai.Apabila panggilan dijawab,emak dalam nada sedih memberitahu saya bahawa seorang nenek saudara saya telah meninggal dunia pada pagi itu juga.Katanya nenek saudara saya itu dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang menyebabkan dia dan salah seorang cucu kembarnya meninggal dunia.Ya memang saya kenal orangnya,tapi setahu saya dia masih sihat dan seingat saya cucunya baru berusia 5 tahun.Dan dalam dua hari sebelumnya,saya baru sahaja berjumpa dan menegur sapa dengan arwah di pasar malam ketika masih di kampung.إنّا لله وإنّا إليه راجعون

Tidak pernah ada seorang pun yang mengetahui takdir hidup sendiri.Tiada sesiapa pun yang menyedarinya.Kita sering leka dengan kehidupan kita di atas muka bumi ini.Kita sering berbangga dengan apa yang kita ada.Kita lupa siapa yang menjadikan kita.Kita lupa yang kita pasti akan meninggalkan dunia yang sementara ini.Kita sering lalai untuk menunaikan tanggungjawab kita.Kita lupa untuk mengadu kepada Pencipta kita.Kita lupa untuk menilai diri kita.Adakah kita sudah bersedia menghadapi sakaratul maut itu sendiri?
..................................................................................................................................................
Kubur/liang lahat setiap hari menyeru kepada manusia 5 kali :
- Aku rumah yang terpencil,maka akan senang dengan membaca Al-Quran.
- Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
- Aku rumah yang penuh tanah dan debu,bawalah amal soleh yang memberi hamparan.
- Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
- Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir,maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah,Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
Ya Allah,
Tunjukilah kami jalan yang benar yakni jalan orang2 yang soleh,
Jauhilah kami daripada melupakanMu,
Janganlah sesekali Engkau lalaikan kami dengan nikmat di atas muka bumi ini,
للّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”
-Amin-
10.12.12
like.like,like
Jika kita inginkan kebaikan , fikir perkara yang baik2. Jika kita mahukan kebahagian , fikirkan perkara yg membahagiakan . Sentiasalah bersangka baik . Bukan dgn manusia ! Tapi dgn Allah s.w.t .
InsyaAllah dia akan mberikan yg terbaik . Dia Maha Tahu apa yg kita perlu bukan apa yang kita mahu. Apa tiba masanya , kita akan mengerti tiap yg berlaku..
InsyaAllah dia akan mberikan yg terbaik . Dia Maha Tahu apa yg kita perlu bukan apa yang kita mahu. Apa tiba masanya , kita akan mengerti tiap yg berlaku..
8.11.12
Pasti Ada Hikmah
Untuk hampir dua tahun ni,dah banyak kali mulut saya asyik
cakap nak pergi ambik lesen kereta.Saya rasa dah xboleh bilang dah keberapa
kali saya cakap macam tu hari ni.Haaa,tapi tu la,memang mungkin xada rezeki
saya lagi kot.Setiap kali nak ambik je mesti ada halangan.And hari ni buat
pertama kalinya saya menangis setelah 3 minggu ada di rumah ni.Menangis sebab
xdapat ambil lesen kereta lagi.Sob3
Cadangnya sebelum ni,saya akan ambil lesen dalam cuti sem
sebulan ni dengan seorang sahabat saya sendiri.Tapi,mungkin saya terlewat sikit
dalam urusan pendaftaran,sahabat saya tu telah pun start belajar memandu dahulu
di pusat memandu Pendang.Ahh,apa nak dikata,mungkin dia ada sebab untuk ambil
lesen kereta awal.Mengalir la jugak air mata tadi.Haaaa kenapa yaaa?Saya
sentiasa mencari sebab bila air mata ni tumpah.Ye la,selepas sahaja saya
menjejak kaki ke Kuala Pilah,air mata saya jarang2 keluar.Saya kuat……^^
Tapi kali ni,saya tewas.Mungkin apabila sahabat saya itu
berbuat begitu,hati saya terus teringat akan peristiwa 7 tahun yang lalu….
‘Ya saya masih ingat ketika itu kami masih berada di darjah
6 (sekolah rendah).Waktu itu,boleh dikatakan kami ini adalah pelajar yang agak
aktif dan menonjol.Jadi,kami menyertai banyak aktiviti sekolah dan saya pada
waktu itu mengaktif kan diri saya dengan permainan bola baling.Begitu juga
dengan sahabat saya.Malah sahabat saya itu lagi cekap bermain bola baling jika
dibandingkan dengan saya.Dan sehinggalah suatu hari itu,sekolah mengadakan
latihan sebelum bertanding.Ketika itu,saya dan sahabat itu berjanji untuk turun
ke padang bersama2.Tetapi malangnya,saya ditinggalkan.Sahabat saya itu turun
bersama kawan2 yang lain.Ya saya mengaku yang hati saya ini sangat mudah
tersentuh,dan apabila seorang sahabat yang saya tersangat ingin dekat dengan
dia memperlakukan sebegitu kepada saya,saya mula terasa hati dan mula merendah
diri.Sejak dari hari itu,saya sentiasa
mengingatkan diri yang saya ini kurang layak untuk bersahabat dengan dia.Dia
dengan saya itu mempunyai latar belakang yang berbeza.’
Dan….bila hari ini perkara yang sama berulang lagi.Di mana
saya turut ditinggalkan.Kalau dulu saya xada ‘geng’ untuk turun ke padang,tapi
hari ini saya turut xada ‘geng’ untuk belajar.
Kalau saya mengimbau semula kenangan yang pernah saya dan
dua orang lagi sahabat saya lalui ketika dulu,saya rasa, pasti kenangan itu
akan membuatkan air mata saya tumpah macam air paip mengalir.Tapi,saya teringin
mencatatkan segala peristiwa dan kenangan bersama kami dahulu.Saya ingin simpan
semua kenangan itu di dalam tulisan saya.Sebab,bila suatu hari nanti apabila
saya menjadi seorang yang pelupa,saya boleh mengutip kenangan lama itu kembali
dengan membaca semula apa yang saya catatkan.Jadi,saya akan sentiasa ingat.
Ya Allah
Untuk sebarang
kekurangan dalam diri ini,
Janganlah Engkau
jadikan ia sebagai penghalang diri ini untuk meraih ehsan Mu di dunia &
akhiratMu
Pinjamkan lah kepada
kami ini sedikit dari kekuatanMu,
Ya Allah
Sekiranya sesuatu
keadaan itu tidak elok untuk diri ini maka Engkau jauhkan lah,
Dan sekiranya sesuatu
keadaan itu elok lagi berkat bagi diri
ini dan keluarga,Engkau dekat kan lah,
Ya Allah
Sesungguhnya,hidup
dan mati ku hanyalah untukMu.
Ya Rasul kami,Nabi
Muhammad,
Berilah kami
syafaatMu,
-Amin-
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)
.jpg)
