Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

11.1.13

by : Hilal Asyraf

Saya masih belum sampai ke rumah. Perjalanan ada sekitar sejam lagi.

Esok saya perlu keluar rumah pukul 7pagi untuk ke program saya yang akan berlangsung hingga Maghrib.

Kadangkala bila berlaku begini, saya memahami bahawa tidak wujud kejayaan itu tanpa pengorbanan.

Maka apabila kita ingin berjaya, akan ada perkara kita perlu korbankan.

Mungkin duit, masa, tidur kita, dan hingga satu tahap - nyawa kita pun akan kita pertaruhkan demi menggapai kejayaan yang besar.

Itulah dia jalan dakwah. Tidak dihampari permaidani merah dan taburan bunga. Tetapi jalannya mencabar bersama duri-duri yang terpacak.

Dan amatkah rugi, bila kita berkorban untuk dapatkan keredhaan manusia. Kerana tiada siapa yang mampu membayar pengorbanan, melainkan Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya.

0 comments:

Post a Comment