Loving someone who doesn't love you in return...is like trying to fly with a broken wing
14.9.13
24.8.13
(",)
Akhirnya hari ni mood nak update blog datang tetiba ja. Haa,apa lagi, teruslah aku pegang lappy nii buka blog. Kalau diikutkan bnda yg nk dicoretkn tu bnyak. Tapi malas lah nk tulis benda yang lepas2. Just nak tulis perkara yang ada dalam hati aku sekarang.
Baru beberapa hari lepas call emak. Saja,nak bertanya khabar dan melepaskan rindu. Seorang demi seorang disoal aku dan dijawab emak. Kata emak, ayah dah tak pergi kerja ke tempat lama dia sejak dari lepas cuti hari raya Aidilfitri hari tu. Dan sekarang ayah kerja dekat tempat baru pulak, baru tiga hari start kerja. Ya, aku faham sekarang, bila usia ayah dah menginjak ke 50 an, badan dia dah xkuat macam dulu. Ayah jugak dah ada penyakit macam aku. Mungkin disebabkan aku masih muda,jadi antibody aku masih kuat untuk melawan penyakit ni, tapi bukan untuk ayah. Jadi aku tak pernah salahkan ayah bila ayah xpergi kerja sbnya aku faham kenapa. Ayah bukannya kuat macam muda2 dulu.
Tapi sekarang bila ayah tak kerja,anak2 dia perlukan duit lagii. Kakak pun belum habis study lagi, aku pun lagi sikit dan adik yang di sekolah menengah. Semuanya masing2 perlukan pembiayaan dan duit belanja. Kakak bernasib baik sebab dia dapat biasiswa JPA. Jadi, kuranglah sikit beban ayah nak menanggung anak2 dia ni. Aku pulak pinjam duit PTPTN yang xseberapa ni dan kadang2 bukan cukup pun. Kena mintak jugak duit mak ayah. Tapi bila ayah ada dalam situasi macam tu, anak2 ayah ni pun rasa bersalah nak meminta2. Ayah, kak cik xpernah salahkan ayah pun walau macam mana keadaan pun.
Sekarang ni ramai kawan2 yang asyik duk tanya nak sambung degree tak lepas habis diploma ni? Jawapannya YA. Memang aku teringin pun nak sambung degree, tapi aku lagi teringin nak bantu mak ayah aku. Aku nak mak ayah aku dduk rumah goyang kaki ja nanti. Kalau nak tunggu degree mungkin lambat sangat dan bila aku nak sambung degree, aku kena pinjam duit PTPTN lagi sekali. Asyik duk pinjam jaa. Humm, bila jawab lepas diploma ni aku nak kerja, ramai orang duk perli2 pulak tapi depa semua tak faham sb depa xdak dalam situasi aku. Hidup depa belum diuji dengan perasaan macam aku mungkin :/
Jadi, kesimpulannya InsyaAllah lepas degree nanti aku nak kerja dulu :)
Sayang Mak Ayah :D
3.7.13
'Alone' kah aku?
Assalamualaikum..
Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Tapi hari ni tangan ni terasa rajin pulak nk menaip. Mungkin waktu ni aku rasa aku perlu buat smething untuk hilangkan kekusutan n keserabutan dalam diri aku.
-minta tolong Allah- (:
Sampai sekarang,dah sebulan aku berada di bumi pilah-dalam semester akhir yg mncabar ni,kadang2 hidup ni rasa xterkawal oleh diri aku sndiri. Haaaa,mcm mana tu? haha,entah la,aku pun xfaham lah.
Sem ni,kami bnyak kena bt projek2 mcm research la apa la. Emosi aku pun sndiri xterkawal kadang2 bila dh main dengan penat,letih, xlarat dan semua yang seangkatan dngn dia. Bila aku rasa diri aku ni dh start beremosi,biasanya aku akan dduk jauh drpd org lain. Layan perasaan sorang2. Sebabnya bila aku dduk dngn org lain time aku seteghess, nescaya org yg dduk sebelah aku pun akan annoyed dngn aku. Hahahaha,mcm hari ni pun,macam2 aku fikir dlm kepala aku ni. Dan bila aku tngh memikir soal masa dpn aku yg aku xpasti kecerahan dia,aku akan mnghabiskan masa sorang2 dlm bilik tnpa gangguan!!
Kehidupan di rumah sewa semester ni sesungguhnya begitu menguji aku. Kadang2 aku tertanya jugak,apa yang Allah janjikan untuk aku bila Dia turunkan sedikit kesusahan terhadap aku ni. Aku hanya tertanya2 aje lah, dan mungkin nanti suatu hari aku akan nmpak apa yg Allah try tunjukkan untuk aku. Sekarang bila nk sedapkan hati aku,aku akan ckp dengan diri aku nih,
-Just ikut saja apa yg Allah rencanakan untuk kau. Jangan sesekali tolak apa yg Allah nk bg. Mungkin ni jln terbaik buat aku yg aku xtahu. Allah bg aku sedikit ujian,aku dh mcm nk meroyan,apa kes ni?? So,back to your iman syuhada.
Dah,aku malas dh nk menaip.Berdoa dalam hati je la !!
p/s : aku nk yg terbaik dalam hidup nii
13.4.13
Hand-Made~
Disebabkan rasa kebosanan sebelum balik rumah besok, tngan aku niii asyik gatal nak meng'edit' gambar2. Dan, ada satu gambar niii, aku dh edit kasi cantik2 lepastu aku post dekat wall fb kawan aku.Hehehe. Sebab aku post? Sebab aku sayang dia and sebab aku nk dia tahu yang aku beruntung dapat kawan macam diaa. That's all. Suwettt x aku? muahaha*gatal*
Nak tengok x hasil kerja tangan aku yg lembut tuu?
NI HAAA
Comeiii dak?haha *macam tuan yg buat la*
Kenapa aku nk jadi macam spongebob & patrick? Sebabnyaaa, aku rasa depa nih icon yg terbaik dalam hubungan persahabatan. Salah satu yang paling aku suka tentang depa sebab ni comel sngat. Hahaha. Hiddup depa sentiasa happy ja kan. Walau bergaduh macam mana dasyat pun, depa tetap akan berbaik semula !! Nak jadi macam depa~
JOM JADI HEPPI2 SOKMO !!
10.4.13
Quote~
Bila tengah dduk meng'google' cari pasal benda lain, lain pulak yang aku jumpa and bila aku2 baca kata2 dia mmg menarik. Eheee, betul kan !! Kita ni manusia kadang2 EGO tu melampaui batas pulak. Ego memang perlu ada, tapi xperlulah sampai perasaan ego tu menguasai dan memandu diri kita~ Sesungguhnya kita insan lemah :'(
Besties until Jannah^^ 080213
You're never alone, I'm always near,
When your troubled, down or blue.
All you have to do is call me,
I'm always here for you.
It doesn't matter where I'm at,It doesn't matter when.
When you need someone to talk to,
I'm here to be your friend.
If you need someone to hold your hand,
or a hug to say I care.
If you need a shoulder to cry on,
for you I will be there.
So never think you are a burden,
when the weight gets to be to much.
You might find if look hard enough,
a good friend could be the right touch.
You're never alone, I'm always here,
through the good times and the bad.
I'm always here to be your friend,
I don't like to see you sad.
happy birthday to my beautiful, lovely, adorable friend named Syuhada Omar . may Allah bless you, today tomorrow and always. :D may you start your 2nd decade with peace and smile *sambil buat peace gaya comel* hehehe
baru sedar yg kita tak banyak bergambar bersama T_______T
gambar kartun je lah yg aku mampu. :D
9.4.13
Part 4 yang OHSEM ^^
Pada ketika aku meng'update' entry kali nih, hujan dan guruh kilat saling berperang dekat luar sana. Alhamduillah sekarang bumi pilah ni dah start disirami air rahmat. Sebenarnya sudah agak lama pilah ,dan aku yakin tempat2 lain pun merasai cuaca panas sejak akhir2 ni. Kenapa ya?
Menurut mak aku :
' Ujian ni, semua negeri panas'
Betul jugak kan, mungkin kita ada buat apa2 kesalahan atas muka bumi ni, dan Allah menurunkan ujianNya sama ada untuk mengingatkan kita ataupun mengampuni dosa2 kecil kita ni kalau kita terus bersabar.
Stop sampai tu, moh le kita berbalik ke tajuk entry kali ni pulak^^
Oh Part 4 yang OHSEM kan,
Haha,entry je ohsem lebih2 :p
Dan, dalam sedar juga ketidaksedaran, dalam beberapa je lagi aku dan kawan2 seangkatan aku bakal mengheret beg2 besar balik kampung. That's mean we all berjaya habiskan semester 4 ni dan bakal bercuti. Weeeheee~~ *sapa2 u lain jangan dok jeles*
Oh ya, sekejap ja rasanya masa berjalan. Terasa macam baru semalam aku update entry pasal part 3 iaitu
Bakal Menutup Tirai
Sekarang ni aku nak update tentang penghujung Part 4 pulak. Betapa sekejapnya masa berjalan meninggalkan kita :'(
Part 4 kali ni banyak memberikan aku 1001 kenangan yang pastinya sangat sukar dilupakan. Ya, Allah turunkan semua ujian supaya menjadi pengalaman untuk lebih mendewasakan aku.
Di semester kali ni, banyak benda yang berlaku. Ada suka dan ada duka. Tapi yang duka itu sebenarnya lebih manis. Ehh? haha, lebih manis kalau kita pandai handle masalah tu :)
Dan opkoslaa, kebanyakan benda yang berlaku dalam sem kali ni buat aku tersenyum je ^______________^
WHY?
-Kelas sem ni best^^
-Lecturer sem kali ni semuanya OHSEM2 belakau *lecturer food tech tu*
-Lab yang merapatkan ukhwah kami sb kami masak &makan ramai2
-Lab yang melenguhkan kaki
-Berperang dngan Hairi a.k.a Lab Assistang..haha
-Belajar bersabar dan bertolak ansur dalam nak buat apa2 benda pun
-Lebih mengenali hati budi classmate2 *baik2 belako kau*
-Makan BR sb Athirah belanja
-P melawat loji kumbahan UiTM
- P PD ramai2^^ lpas tu naik Banana Boat :)
-Aku dah semakin gemuk n seen to be semakin sihat !!
-Kami buat Presentation Labelling
-Terlepas bas masa nak balik Kedah*
-Terlepas bas masa nak balik Kedah*
-Bas rosak 4 jam masa nak datang Seremban
-Baru pi pasar malam Melang 2 kali. muahahaha *busy laa
-Naik bas Uitm xsampai 10 kali. Ohsemnyaa
-Naik ambulance bnyak kali sangat sem ni #Tebal ja muka ni
-Buat test Ultrasound & ECG
-Dapat jam loceng hijau
-Makan Pizza, cool blog n A&W orang belanja masa birthday^^
-Duit xcukup sampai hujung sem #Muahaha,thanks mak ayah n yasmin
Dannnnnnn, bnyak lagi. Simpan dalam hati je. Bhahaha
Moh ler nengok gambau pulak nk menggambaukan kami yang happy2 sokmo niiii
With mama n akim @ KL Festival
Hani-made cake
Bosang tunggu lama2 dlm lab~
Bosan dlm kelas, kluar ambik gambar dlm toilet
Last class of Food Hygiene with Sir Hilmi~thanks Sir
Another last class but for FST 359-Sir Shahrimi baik hati- thanks sir~
Banana Boat~Kecoh je atas boat #rinduu
Our project : food labelling presentation !!
Makan dan teruss makan ...
Dan makan lagiiii
Sememangnya kami lah RATU MAKAN~
Unit Operation~
Lepaking @ Terminal 1
Dapat kek batik * Hewhew
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)










