Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

9.4.13

Part 4 yang OHSEM ^^

Pada ketika aku meng'update' entry kali nih, hujan dan guruh kilat saling berperang dekat luar sana. Alhamduillah sekarang bumi pilah ni dah start disirami air rahmat. Sebenarnya sudah agak lama pilah ,dan aku yakin tempat2 lain pun merasai cuaca panas sejak akhir2 ni. Kenapa ya?
Menurut mak aku :
' Ujian ni, semua negeri panas'



Betul jugak kan, mungkin kita ada buat apa2 kesalahan atas muka bumi ni, dan Allah menurunkan ujianNya sama ada untuk mengingatkan kita ataupun mengampuni dosa2 kecil kita ni kalau kita terus bersabar.

Stop sampai tu, moh le kita berbalik ke tajuk entry kali ni pulak^^
Oh Part 4 yang OHSEM kan, 
Haha,entry je ohsem lebih2 :p
Dan, dalam sedar juga ketidaksedaran, dalam beberapa je lagi aku dan kawan2 seangkatan aku bakal mengheret beg2 besar balik kampung. That's mean we all berjaya habiskan semester 4 ni dan bakal bercuti. Weeeheee~~ *sapa2 u lain jangan dok jeles*

Oh ya, sekejap ja rasanya masa berjalan. Terasa macam baru semalam aku update entry pasal part 3 iaitu

Bakal Menutup Tirai


Sekarang ni aku nak update tentang penghujung Part 4 pulak. Betapa sekejapnya masa berjalan meninggalkan kita :'(
Part 4 kali ni banyak memberikan aku 1001 kenangan yang pastinya sangat sukar dilupakan. Ya, Allah turunkan semua ujian supaya menjadi pengalaman untuk lebih mendewasakan aku.

Di semester kali ni, banyak benda yang berlaku. Ada suka dan ada duka. Tapi yang duka itu sebenarnya lebih manis. Ehh? haha, lebih manis kalau kita pandai handle masalah tu :)
 Dan opkoslaa, kebanyakan benda yang berlaku dalam sem kali ni buat aku tersenyum je ^______________^

WHY?
-Kelas sem ni best^^
-Lecturer sem kali ni semuanya OHSEM2 belakau *lecturer food tech tu*
-Lab yang merapatkan ukhwah kami sb kami masak &makan ramai2
-Lab yang melenguhkan kaki 
-Berperang dngan Hairi a.k.a Lab Assistang..haha
-Belajar bersabar dan bertolak ansur dalam nak buat apa2 benda pun
-Lebih mengenali hati budi classmate2 *baik2 belako kau*
-Makan BR sb Athirah belanja
-P melawat loji kumbahan UiTM
- P PD ramai2^^ lpas tu naik Banana Boat :)
-Aku dah semakin gemuk n seen to be semakin sihat !!
-Kami buat Presentation Labelling
-Terlepas bas masa nak balik Kedah*
-Terlepas bas masa nak balik Kedah*
-Bas rosak 4 jam masa nak datang Seremban
-Baru pi pasar malam Melang 2 kali. muahahaha *busy laa
-Naik bas Uitm xsampai 10 kali. Ohsemnyaa
-Naik ambulance bnyak kali sangat sem ni #Tebal ja muka ni
-Buat test Ultrasound & ECG
-Dapat jam loceng hijau
-Makan Pizza, cool blog n A&W orang belanja masa birthday^^
-Duit xcukup sampai hujung sem #Muahaha,thanks mak ayah n yasmin

Dannnnnnn, bnyak lagi. Simpan dalam hati je. Bhahaha
Moh ler nengok gambau pulak nk menggambaukan kami yang happy2 sokmo niiii


With mama n akim @ KL Festival

Hani-made cake

Bosang tunggu lama2 dlm lab~

Bosan dlm kelas, kluar ambik gambar dlm toilet

Last class of Food Hygiene with Sir Hilmi~thanks Sir

Another last class but for FST 359-Sir Shahrimi baik hati- thanks sir~

Banana Boat~Kecoh je atas boat #rinduu

Our project : food labelling presentation !!

Makan dan teruss makan ...

Dan makan lagiiii

Sememangnya kami lah RATU MAKAN~

Unit Operation~


Lepaking @ Terminal 1

Dapat kek batik * Hewhew


7.4.13

Allah Pemilik Mutlak Sang Hati~


Hati ni rasa berat sangat2. Dalam fikiran ni ada macam2 yang ternyata kadang2 mampu membuatkan aku mengalirkan air mata. Hanya mampu menangis di depan Allah memohon pertolongan dan petunjuk yang Benar.
Kadang2 menangis di depan Allah itu lebih baik berbanding mengadu kepada manusia yang juga diciptai oleh Allah.
Ya, sekarang aku dalam keadaan yang terumbang ambing. Ya,aku sekarang sangat terbuai dengan dunia, dan bila Allah seolah2 memberi amaran kepada aku dengan menurunkan ujianNya, aku kembali memaut kepada kasih Penciptaku. Terima Kasih Allah, masih lagi memberi peluang dan sentiasa membuka peluang untukku kembali kepadaMU, dan tiada apa yang lebih baik selain mendapat peringatan daripadaMu, tiada apa yang lebih baik selain memperoleh kasih sayang daripadaMu, dan tiada apa yang lebih baik selain mensyukuri nikmatMu.

Allah, pada saat dan waktu ini, aku hanya memohon untuk dipinjamkan sedikit kekuatanMu. Ya Allah,pada saat ini, aku memohon, atas apa jua ujian yang Engkau berikan kepadaku, berilah nikmat kemanisan di penghujungnya ~

Ya Allah, atas apa jua yang aku ada pada hari ini, aku memohon kepadaMU untuk terus memeliharanya.
Aku hanya insan yang lemah, tiada apa2 yang boleh aku lakukan. Jadi aku hanya mampu memohon padaMU. Aku hanya berserah dan bertawakkal kepadaMu. Peliharalah aku Wahai Sang Penciptaku yang penuh zat2 Nya :'( Aku Mohonnnnnnnn Ya Allah~~


'Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.'
P/S : Aku ingin merasai bahagia di penghujungnyaaa tanpa melupankanMu~ Inzinkanlah aku


8.3.13

Manage Stress Baik2

Assalamualaikum,

Stress? Haa, kenapa ttba aku nk cakap pasal stress? Sebab orang sekarang ni asyik nk stress je kan. Stress tu ok laa lg, tapi yg aku geramnya, kadang2 bila dh keadaan mcm tu langsung xpndai nak manage.

Stress tu apa? stress tu tension or tekanan.
Semua orang pun pernah hadapi stress ni tapi bezanya antara pandai uruskan ke x

Kadang2 ada orang yg pndai manage. Macam mana yang kita kata pandai manage? Macam ni, bila dia tension, dia xmenen'tion' kan orang lain sama. Tu la orang yg pandai jaga strees depa uhh

Tapi ada jugak yg xberapa nk pandai manage sebab bila dia tension je, mesti dia akan menentionkan orang lain sama. Orang macam ni la yg patut belajar lagi stress management uhh :p

Bila dia tension--> orang lain tension --> merajuk !! haaa, padan muka, kan kena pujuk. haishhhhh

Lain kali kalau nk tension pun biar ada sebab, contohnya bila hormon nk berubah ke apa ke. Bukan bila2 masa je. Okeh?

P/S : jngan cepat tension, nt kawan lari
2.3.13

keindahan sahabat !!



Bagaikan setiap masa dan ketika aku selalu memintamu
berada disisi ku menemaniku
setiap masa dan setiap detik
Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.

Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.

Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.

Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku;
sudi menjadi pendengar di sisiku;
sudi membeli masalahku.

Terima kasih, sahabat.

Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak
engkau di bidang mu
dan aku dibidangku
Insyaallah sahabat
26.2.13
Fakta Anak Ketiga (copy paste) :

• bila tension ke mara ke dia akn mnangis or dlm kata lain yg pling mudah keluarkn air mata ;)..

• nampak pendiam , nampak pemalu tapi bila dah kenal , bila dah rapat memang tak duduk diam punya..

• pemalu at first time, forgive easily, paling comel...

• Sweet macam madu. Pemarah macam singa. Manja macam kucing. Tidak suka dibandingkan dengan orang lain...

• cepat touching even nampak tough..

• suka benda yang comel dan suka buat muka comel bila nampak benda yang comel ..

• care too much, hard to express feeling, fall hard..

• muka jet jet garang tp sebenarnya handsome/ cantik. They're sweet plus caring and they gave good advices ♥..

• kalau dah taksuka memang taksuka. Kalau dah cakap taknak memang taknak. Kalau dah malas memang malas. K"..

• degil nak mampos .mak ayah cakap taknak dengar .tapi anak ketiga tu lah yang setia dgn mak ayah walaupun dah ada keluarga...
24.2.13

^_____^

Diri ini masih lagi bnyak kekurangan, walaupun dah dengar ceramah semalam, tapi masih bnyak lg yang perlu dibaiki.
Solat masih perlu dibaiki dan ditunaikan di awal waktu (^___^) itu yang utama !!
Barulah stylo namanya kan :)
19.2.13

Mereka

Alhamdulillah
Beruntungnya ketika ini,
Dikurniakan mereka2 yang sangat mengambil berat ketika susah dan senang pasti tidak dilupakan,
Mereka2 yang mengelilingi pada waktu senang sebelumnya turut muncul ketika waktu susah,
Mereka2 itu mengambil berat membuatkan hati kecil ini terharu,
Betapa mulianya mu Ya Rabb,
Walau ibu bapa jauh di mata,
Kau tetap memberikan mereka2 yang kuat berdiri di sisi,
Mereka2 yang turut merasai kesakitan ini,
Yang tolong memberikan nasihat juga mereka,
Ya,
Mereka penting di saat perlu berdikari,
Mereka penting bila masa berjauhan dengan keluarga,
Dan,
Jasa mereka harus diingati,
Jasa mereka membuatkan kasih sayang itu kian bercambah,
Kasih sayang yang diberikan membuatkan rasa berat untuk berpisah dengan mereka,
Rasa ingin terus bersahabat dengan mereka hingga hujung nyawa,
Apa lagi yang boleh diertikan kepada mereka2 itu kalau bukan insan berhati mulia :)