Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

6.10.12

best!!

Aku Islam
aku insan kuat yang tidak gelincir di saat air mata membanjir,
aku bukan si lemah yang akan tersungkur apabila langkah kabur,
aku sangat kuat untuk mencari semangat baru bila kekuatan semalam mula layu,
dan aku akan berjaya mengharungi hari-hari yang tiba kerana aku insan yang tidak mudah putus asa!!!
(katakan pada hati, bisikkan pada diri)

jangan bersedih dengan masa lalu yang sudah pasti telah meninggalkan hidupmu..kesedihan mengingatkannya hanya akan menjadikan diri dalam kegelisahan dan tidak menentu, seumur hidup kan berada dalam kekusutan dan pilu...
jangan sedih memikirkan masa depan yang sebenarnya masih di alam ghaib, tidak lagi turun ke bumi dan myempurnakan hari2, mungkin jua esok tidak akan pernah ada dan mungkin jua kan


berlaku sebaliknya dari kesedihan yang dijangka.
tetapi, hari ini adalah harimu yang sedang kamu lalu, lakukanlah perkara2 yang baik yang membahagiakan hatimu dan orang sekelilingmu.. andai kamu sedang berdepan ujian, lalui dengan pengharapan yang penuh kepada Allah yang maha penyayang.
rasullah s.a.w bersabda " Allah tidak menetapkan qadha' bagi seorang hamba, kecuali qadha' itu baik bagi dirinya"



  sedarlah bahawa kita sedang hidup di DUNIA, tempat yang banyak CUBAANNYA. sini bukan SYURGA, untuk kau dakap segala yang kau inginkan semudah kata,sini adalah DUNIA yang menagih perjuangan untuk mendapatkan sesuatu yang berharga....dan kerana kita berada di perut DUNIA, kita berdepan dugaan yang mengusik tatkala sesuatu usaha tidak berhasil seperti yang dipinta. tetapi, SYUKUR perlu memenuhi jiwa atas segala pemberianNya. biarpun, di DUNIA kita jauh dari sesuatu yang diimpi, semoga SYUKUR yang kita bajai di jiwa menjadi harta untuk kita membeli kembali impian yang kita ingin tadi ketika di ALAM SANA....aamin..





 ramai yang kecewa dan derita meminta untuk cepat2 kembali ke sana, seolahnya kematian adalah pengakhiran segala derita, sedangkan mati ialah permulaan sebuah kembara yang nyata....


berfikirla sejenak..ramai yang telah di ambil nyawanya, meminta nyawa kembali untuk pulang ke dunia,untuk membetulkan segala silap yang telah dicipta..namun, xmungkinkan jadi nyata segala yang dipinta.
sedang kita, masih diberi peluang untuk menjadi insan berguna, masih berkesempatan menjadi hambaNya yang bertaqwa...
mengapa disia-siakan waktu yang ada?





Assalamualaikum

bila saya bercakap suara mcm nk nangis,

bila saya menulis tangan mcm xnk tulis,
bila saya minum,air selalu nak tumpah,
bila saya mkn,saya trsedak,
bila saya jalan,saya selalu penat,
bila saya berhadapan dengan org,saya nervous,
saya xtahan panas,
saya kuat makan,

That's me...yes mmg sy sakit :)
sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu
5.10.12

'eh xpe lah'

Hari ni saya cakap lagi
'eh, xpe lah'
Hari sebelumnya pun saya macam cakap jugak
'eh, xpelah'

Haish sampai bila la saya asyik duk nak sebut ayat tuuu?
Hmm..tapi ok jugak, bila ada orang mengecewakan saya dan orang tu minta maaf,dengan sendirinya mulut saya akan keluar perkataan ni lagi
'eh, xpe lah'

Bila cakap macam tu, automatiknya saya xjadi nak marah orang tuuu.Hebat kan ^_^
Ya la, saya tahu kalau kita marah,syaitan pun seronok,kita pulak yang xseronok.Kan2?
Tapi, saya kadang2 xjuga sempurna.Kalau dah terlalu marah tu, kadang2 saya sendiri xboleh 'control' kan.Lagi pun, lepas saya ada penyakit thyroid ni, saya jadi nak cepat marah.Tapi saya nak jugak sedaya upaya lawan sifat marah tuu.Kalau kita asyik marah je, nanti kita pulak yang sakit kan?

So, hidup jangan marah :0
Peaceee...


30.9.12

Final Exam



Besok hari pertama bermulanya peperiksaan akhir sem 3.Ya Allah, berdebarnya... :3
Ya Allah,
Bersihkanlah hati kami dari sebarang kekotoran,
Permudahkan lah kami menjawab pada esok hari,

Ya Allah,
Engkau berada lah sentiasa berada di sisi kami,
tidak kira lah apa jua yang kami lakukan,


Ya Allah,
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami

Ya Allah,
Sesungguhnya kami bertawakkal kepadaMu,
setelah kami usahakan 
Justeruuuu,berilah kami peluang untuk meraih kejayaan :)

-Amin-
27.9.12

^ _^Yasmin








Ni petikan daripada fb kawan saya.

‎" Usunglah dirimu ke TIKAR SOLAT sebelum kamu diusung ke LIANG LAHAD dan menjadi santapan CACING dan ULAT "

P/S : baca dengan penuh intonasi anda~



















26.9.12

3 hari 2 malam di Gombak


Alhamdulillah
Segala urusan dalam 3 hari ni dipermudahkan Allah.
Dari awal perjalanan kami sampai ke akhir semuanya berjalan lancar.

Coret2 perjalanan kami :

Ahad : Pagi2 lagi dah bertolak ke Pasar Seni(naik bas).Lepastu ambik LRT ke Taman Melati (rumah ayu)
Bila dah sampai tu terus je makan *macam monster laparnya.hahaha.Bila perut dah kenyang, kami berenang pulak.Berenang kat belakang rumah ayu jeee *kebetulan ada air terjun (seronok)
Bila dah naik dari air terjun tuuuu, kitorang makan lagi.Almaklumlah...perut dah bunyi kan.Mungkin sebab banyak sangat berendam kot.
Bila dah lepas makan malam pulak, kitorang ramai2 buat kuih.Jeng, jeng, jeng teka la kuih apa.
Hehe :)

seronok berendam :)




Bila dah penat, makan xsedar diri...hihi

Jom main masak2







Inilah hasil yang ariena dapat



Isnin : Pagi2 dah bangun, lepas tu mengadap tv.Hehehe.Bukan pemalas,tapi mama ayu tu xsuka masak ramai2.Lepa makan tengah hari kitorang keluar jalan2.Bukan main seronok sorang2 bila dapat keluar kan.Macam heaven habis la.
Macam- macam tempat la jugak kitorang pegi kan.Pasar seni dan masjid jamek tu destinasi wajib.
Bila balik rumah dh petang, sorang2 letih macam umur da 60 tahun haaa.Haahahaha

Pasar Seni




Otw to masjid Jamek : smpat lg brgambar




 Dan....bila dalam monorel ada la 2 org budak sesat


Selasa : Tiba lah masa untuk pulang ke kampus.Sediiiih.Tapi xpe bila2 cuti nanti we all pergi sana lagi.Hahaha.Bila nak balik tu, ada la bekalan sikit yang mama ayu kasi :)

TERIMA KASIH AYU DAN FAMILY~