Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

14.9.13

",

Loving someone who doesn't love you in return...is like trying to fly with a broken wing




24.8.13

(",)

Assalamualaikum. 
Akhirnya hari ni mood nak update blog datang tetiba ja. Haa,apa lagi, teruslah aku pegang lappy nii buka blog. Kalau diikutkan bnda yg nk dicoretkn tu bnyak. Tapi malas lah nk tulis benda yang lepas2. Just nak tulis perkara yang ada dalam hati aku sekarang. 

Baru beberapa hari lepas call emak. Saja,nak bertanya khabar dan melepaskan rindu. Seorang demi seorang disoal aku dan dijawab emak. Kata emak, ayah dah tak pergi kerja ke tempat lama dia sejak dari lepas cuti hari raya Aidilfitri hari tu. Dan sekarang ayah kerja dekat tempat baru pulak, baru tiga hari start kerja. Ya, aku faham sekarang, bila usia ayah dah menginjak ke 50 an, badan dia dah xkuat macam dulu. Ayah jugak dah ada penyakit macam aku. Mungkin disebabkan aku masih muda,jadi antibody aku masih kuat untuk melawan penyakit ni, tapi bukan untuk ayah. Jadi aku tak pernah salahkan ayah bila ayah xpergi kerja sbnya aku faham kenapa. Ayah bukannya kuat macam muda2 dulu. 
Tapi sekarang bila ayah tak kerja,anak2 dia perlukan duit lagii. Kakak pun belum habis study lagi, aku pun lagi sikit dan adik yang di sekolah menengah. Semuanya masing2 perlukan pembiayaan dan duit belanja. Kakak bernasib baik sebab dia dapat biasiswa JPA. Jadi, kuranglah sikit beban ayah nak menanggung anak2 dia ni. Aku pulak pinjam duit PTPTN yang xseberapa ni dan kadang2 bukan cukup pun. Kena mintak jugak duit mak ayah. Tapi bila ayah ada dalam situasi macam tu, anak2 ayah ni pun rasa bersalah nak meminta2. Ayah, kak cik xpernah salahkan ayah pun walau macam mana keadaan pun. 

Sekarang ni ramai kawan2 yang asyik duk tanya nak sambung degree tak lepas habis diploma ni? Jawapannya YA. Memang aku teringin pun nak sambung degree, tapi aku lagi teringin nak bantu mak ayah aku. Aku nak mak ayah aku dduk rumah goyang kaki ja nanti. Kalau nak tunggu degree mungkin lambat sangat dan bila aku nak sambung degree, aku kena pinjam duit PTPTN lagi sekali. Asyik duk pinjam jaa. Humm, bila jawab lepas diploma ni aku nak kerja, ramai orang duk perli2 pulak tapi depa semua tak faham sb depa xdak dalam situasi aku. Hidup depa belum diuji dengan perasaan macam aku mungkin :/
Jadi, kesimpulannya InsyaAllah lepas degree nanti aku nak kerja dulu :)

Sayang Mak Ayah :D
3.7.13

'Alone' kah aku?

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Tapi hari ni tangan ni terasa rajin pulak nk menaip. Mungkin waktu ni aku rasa aku perlu buat smething untuk hilangkan kekusutan n keserabutan dalam diri aku.
-minta tolong Allah- (:
Sampai sekarang,dah sebulan aku berada di bumi pilah-dalam semester akhir yg mncabar ni,kadang2 hidup ni rasa xterkawal oleh diri aku sndiri. Haaaa,mcm mana tu? haha,entah la,aku pun xfaham lah.
Sem ni,kami bnyak kena bt projek2 mcm research la apa la. Emosi aku pun sndiri xterkawal kadang2 bila dh main dengan penat,letih, xlarat dan semua yang seangkatan dngn dia. Bila aku rasa diri aku ni dh start beremosi,biasanya aku akan dduk jauh drpd org lain. Layan perasaan sorang2. Sebabnya bila aku dduk dngn org lain time aku seteghess, nescaya org yg dduk sebelah aku pun akan annoyed dngn aku. Hahahaha,mcm hari ni pun,macam2 aku fikir dlm kepala aku ni. Dan bila aku tngh memikir soal masa dpn aku yg aku xpasti kecerahan dia,aku akan mnghabiskan masa sorang2 dlm bilik tnpa gangguan!!

Kehidupan di rumah sewa semester ni sesungguhnya begitu menguji aku. Kadang2 aku tertanya jugak,apa yang Allah janjikan untuk aku bila Dia turunkan sedikit kesusahan terhadap aku ni. Aku hanya tertanya2 aje lah, dan mungkin nanti suatu hari aku akan nmpak apa yg Allah try tunjukkan untuk aku. Sekarang bila nk sedapkan hati aku,aku akan ckp dengan diri aku nih,
-Just ikut saja apa yg Allah rencanakan untuk kau. Jangan sesekali tolak apa yg Allah nk bg. Mungkin ni jln terbaik buat aku yg aku xtahu. Allah bg aku sedikit ujian,aku dh mcm nk meroyan,apa kes ni?? So,back to your iman syuhada. 

Dah,aku malas dh nk menaip.Berdoa dalam hati je la !!

p/s : aku nk yg terbaik dalam hidup nii 

13.4.13

Hand-Made~

Disebabkan rasa kebosanan sebelum balik rumah besok, tngan aku niii asyik gatal nak meng'edit' gambar2. Dan, ada satu gambar niii, aku dh edit kasi cantik2 lepastu aku post dekat wall fb kawan aku.Hehehe. Sebab aku post? Sebab aku sayang dia and sebab aku nk dia tahu yang aku beruntung dapat kawan macam diaa. That's all. Suwettt x aku? muahaha*gatal*
Nak tengok x hasil kerja tangan aku yg lembut tuu?
NI HAAA


Comeiii dak?haha *macam tuan yg buat la*

Kenapa aku nk jadi macam spongebob & patrick? Sebabnyaaa, aku rasa depa nih icon yg terbaik dalam hubungan persahabatan. Salah satu yang paling aku suka tentang depa sebab ni comel sngat. Hahaha. Hiddup depa sentiasa happy ja kan. Walau bergaduh macam mana dasyat pun, depa tetap akan berbaik semula !! Nak jadi macam depa~

JOM JADI HEPPI2 SOKMO !!

10.4.13

Quote~

Bila tengah dduk meng'google' cari pasal benda lain, lain pulak yang aku jumpa and bila aku2 baca kata2 dia mmg menarik. Eheee, betul kan !! Kita ni manusia kadang2 EGO tu melampaui batas pulak. Ego memang perlu ada, tapi xperlulah sampai perasaan ego tu menguasai dan memandu diri kita~ Sesungguhnya kita insan lemah :'(




Besties until Jannah^^ 080213

You're never alone, I'm always near,
When your troubled, down or blue.

All you have to do is call me,
I'm always here for you.

It doesn't matter where I'm at,It doesn't matter when.
When you need someone to talk to,
I'm here to be your friend.

If you need someone to hold your hand,
or a hug to say I care.
If you need a shoulder to cry on,
for you I will be there.

So never think you are a burden,
when the weight gets to be to much.
You might find if look hard enough,
a good friend could be the right touch.

You're never alone, I'm always here,
through the good times and the bad.
I'm always here to be your friend,
I don't like to see you sad.

happy birthday to my beautiful, lovely, adorable friend named Syuhada Omar . may Allah bless you, today tomorrow and always. :D may you start your 2nd decade with peace and smile *sambil buat peace gaya comel* hehehe
baru sedar yg kita tak banyak bergambar bersama T_______T
gambar kartun je lah yg aku mampu. :D
9.4.13

Part 4 yang OHSEM ^^

Pada ketika aku meng'update' entry kali nih, hujan dan guruh kilat saling berperang dekat luar sana. Alhamduillah sekarang bumi pilah ni dah start disirami air rahmat. Sebenarnya sudah agak lama pilah ,dan aku yakin tempat2 lain pun merasai cuaca panas sejak akhir2 ni. Kenapa ya?
Menurut mak aku :
' Ujian ni, semua negeri panas'



Betul jugak kan, mungkin kita ada buat apa2 kesalahan atas muka bumi ni, dan Allah menurunkan ujianNya sama ada untuk mengingatkan kita ataupun mengampuni dosa2 kecil kita ni kalau kita terus bersabar.

Stop sampai tu, moh le kita berbalik ke tajuk entry kali ni pulak^^
Oh Part 4 yang OHSEM kan, 
Haha,entry je ohsem lebih2 :p
Dan, dalam sedar juga ketidaksedaran, dalam beberapa je lagi aku dan kawan2 seangkatan aku bakal mengheret beg2 besar balik kampung. That's mean we all berjaya habiskan semester 4 ni dan bakal bercuti. Weeeheee~~ *sapa2 u lain jangan dok jeles*

Oh ya, sekejap ja rasanya masa berjalan. Terasa macam baru semalam aku update entry pasal part 3 iaitu

Bakal Menutup Tirai


Sekarang ni aku nak update tentang penghujung Part 4 pulak. Betapa sekejapnya masa berjalan meninggalkan kita :'(
Part 4 kali ni banyak memberikan aku 1001 kenangan yang pastinya sangat sukar dilupakan. Ya, Allah turunkan semua ujian supaya menjadi pengalaman untuk lebih mendewasakan aku.

Di semester kali ni, banyak benda yang berlaku. Ada suka dan ada duka. Tapi yang duka itu sebenarnya lebih manis. Ehh? haha, lebih manis kalau kita pandai handle masalah tu :)
 Dan opkoslaa, kebanyakan benda yang berlaku dalam sem kali ni buat aku tersenyum je ^______________^

WHY?
-Kelas sem ni best^^
-Lecturer sem kali ni semuanya OHSEM2 belakau *lecturer food tech tu*
-Lab yang merapatkan ukhwah kami sb kami masak &makan ramai2
-Lab yang melenguhkan kaki 
-Berperang dngan Hairi a.k.a Lab Assistang..haha
-Belajar bersabar dan bertolak ansur dalam nak buat apa2 benda pun
-Lebih mengenali hati budi classmate2 *baik2 belako kau*
-Makan BR sb Athirah belanja
-P melawat loji kumbahan UiTM
- P PD ramai2^^ lpas tu naik Banana Boat :)
-Aku dah semakin gemuk n seen to be semakin sihat !!
-Kami buat Presentation Labelling
-Terlepas bas masa nak balik Kedah*
-Terlepas bas masa nak balik Kedah*
-Bas rosak 4 jam masa nak datang Seremban
-Baru pi pasar malam Melang 2 kali. muahahaha *busy laa
-Naik bas Uitm xsampai 10 kali. Ohsemnyaa
-Naik ambulance bnyak kali sangat sem ni #Tebal ja muka ni
-Buat test Ultrasound & ECG
-Dapat jam loceng hijau
-Makan Pizza, cool blog n A&W orang belanja masa birthday^^
-Duit xcukup sampai hujung sem #Muahaha,thanks mak ayah n yasmin

Dannnnnnn, bnyak lagi. Simpan dalam hati je. Bhahaha
Moh ler nengok gambau pulak nk menggambaukan kami yang happy2 sokmo niiii


With mama n akim @ KL Festival

Hani-made cake

Bosang tunggu lama2 dlm lab~

Bosan dlm kelas, kluar ambik gambar dlm toilet

Last class of Food Hygiene with Sir Hilmi~thanks Sir

Another last class but for FST 359-Sir Shahrimi baik hati- thanks sir~

Banana Boat~Kecoh je atas boat #rinduu

Our project : food labelling presentation !!

Makan dan teruss makan ...

Dan makan lagiiii

Sememangnya kami lah RATU MAKAN~

Unit Operation~


Lepaking @ Terminal 1

Dapat kek batik * Hewhew


7.4.13

Allah Pemilik Mutlak Sang Hati~


Hati ni rasa berat sangat2. Dalam fikiran ni ada macam2 yang ternyata kadang2 mampu membuatkan aku mengalirkan air mata. Hanya mampu menangis di depan Allah memohon pertolongan dan petunjuk yang Benar.
Kadang2 menangis di depan Allah itu lebih baik berbanding mengadu kepada manusia yang juga diciptai oleh Allah.
Ya, sekarang aku dalam keadaan yang terumbang ambing. Ya,aku sekarang sangat terbuai dengan dunia, dan bila Allah seolah2 memberi amaran kepada aku dengan menurunkan ujianNya, aku kembali memaut kepada kasih Penciptaku. Terima Kasih Allah, masih lagi memberi peluang dan sentiasa membuka peluang untukku kembali kepadaMU, dan tiada apa yang lebih baik selain mendapat peringatan daripadaMu, tiada apa yang lebih baik selain memperoleh kasih sayang daripadaMu, dan tiada apa yang lebih baik selain mensyukuri nikmatMu.

Allah, pada saat dan waktu ini, aku hanya memohon untuk dipinjamkan sedikit kekuatanMu. Ya Allah,pada saat ini, aku memohon, atas apa jua ujian yang Engkau berikan kepadaku, berilah nikmat kemanisan di penghujungnya ~

Ya Allah, atas apa jua yang aku ada pada hari ini, aku memohon kepadaMU untuk terus memeliharanya.
Aku hanya insan yang lemah, tiada apa2 yang boleh aku lakukan. Jadi aku hanya mampu memohon padaMU. Aku hanya berserah dan bertawakkal kepadaMu. Peliharalah aku Wahai Sang Penciptaku yang penuh zat2 Nya :'( Aku Mohonnnnnnnn Ya Allah~~


'Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.'
P/S : Aku ingin merasai bahagia di penghujungnyaaa tanpa melupankanMu~ Inzinkanlah aku


8.3.13

Manage Stress Baik2

Assalamualaikum,

Stress? Haa, kenapa ttba aku nk cakap pasal stress? Sebab orang sekarang ni asyik nk stress je kan. Stress tu ok laa lg, tapi yg aku geramnya, kadang2 bila dh keadaan mcm tu langsung xpndai nak manage.

Stress tu apa? stress tu tension or tekanan.
Semua orang pun pernah hadapi stress ni tapi bezanya antara pandai uruskan ke x

Kadang2 ada orang yg pndai manage. Macam mana yang kita kata pandai manage? Macam ni, bila dia tension, dia xmenen'tion' kan orang lain sama. Tu la orang yg pandai jaga strees depa uhh

Tapi ada jugak yg xberapa nk pandai manage sebab bila dia tension je, mesti dia akan menentionkan orang lain sama. Orang macam ni la yg patut belajar lagi stress management uhh :p

Bila dia tension--> orang lain tension --> merajuk !! haaa, padan muka, kan kena pujuk. haishhhhh

Lain kali kalau nk tension pun biar ada sebab, contohnya bila hormon nk berubah ke apa ke. Bukan bila2 masa je. Okeh?

P/S : jngan cepat tension, nt kawan lari
2.3.13

keindahan sahabat !!



Bagaikan setiap masa dan ketika aku selalu memintamu
berada disisi ku menemaniku
setiap masa dan setiap detik
Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.

Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.

Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.

Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku;
sudi menjadi pendengar di sisiku;
sudi membeli masalahku.

Terima kasih, sahabat.

Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak
engkau di bidang mu
dan aku dibidangku
Insyaallah sahabat
26.2.13
Fakta Anak Ketiga (copy paste) :

• bila tension ke mara ke dia akn mnangis or dlm kata lain yg pling mudah keluarkn air mata ;)..

• nampak pendiam , nampak pemalu tapi bila dah kenal , bila dah rapat memang tak duduk diam punya..

• pemalu at first time, forgive easily, paling comel...

• Sweet macam madu. Pemarah macam singa. Manja macam kucing. Tidak suka dibandingkan dengan orang lain...

• cepat touching even nampak tough..

• suka benda yang comel dan suka buat muka comel bila nampak benda yang comel ..

• care too much, hard to express feeling, fall hard..

• muka jet jet garang tp sebenarnya handsome/ cantik. They're sweet plus caring and they gave good advices ♥..

• kalau dah taksuka memang taksuka. Kalau dah cakap taknak memang taknak. Kalau dah malas memang malas. K"..

• degil nak mampos .mak ayah cakap taknak dengar .tapi anak ketiga tu lah yang setia dgn mak ayah walaupun dah ada keluarga...
24.2.13

^_____^

Diri ini masih lagi bnyak kekurangan, walaupun dah dengar ceramah semalam, tapi masih bnyak lg yang perlu dibaiki.
Solat masih perlu dibaiki dan ditunaikan di awal waktu (^___^) itu yang utama !!
Barulah stylo namanya kan :)
19.2.13

Mereka

Alhamdulillah
Beruntungnya ketika ini,
Dikurniakan mereka2 yang sangat mengambil berat ketika susah dan senang pasti tidak dilupakan,
Mereka2 yang mengelilingi pada waktu senang sebelumnya turut muncul ketika waktu susah,
Mereka2 itu mengambil berat membuatkan hati kecil ini terharu,
Betapa mulianya mu Ya Rabb,
Walau ibu bapa jauh di mata,
Kau tetap memberikan mereka2 yang kuat berdiri di sisi,
Mereka2 yang turut merasai kesakitan ini,
Yang tolong memberikan nasihat juga mereka,
Ya,
Mereka penting di saat perlu berdikari,
Mereka penting bila masa berjauhan dengan keluarga,
Dan,
Jasa mereka harus diingati,
Jasa mereka membuatkan kasih sayang itu kian bercambah,
Kasih sayang yang diberikan membuatkan rasa berat untuk berpisah dengan mereka,
Rasa ingin terus bersahabat dengan mereka hingga hujung nyawa,
Apa lagi yang boleh diertikan kepada mereka2 itu kalau bukan insan berhati mulia :)



1.2.13

Langkawi Trip

Haa,sebenarnya, trip ni dah lama dah, hummm tapi xde la lama jugak sebab baru sebulan je. Kami satu family melancong ke 'oversea'. Haha, Langkawi je pun kan. Ok lah tu kira oversea,sebab merentasi laut tu nak sampai kat sana. Sebab ada kenduri my cousin la kami sampai p sana. Kalau xdak apa2 tujuan, memang tunggu bertahun la pulak nak jejak kaki dekat sana. Last time saya pegi sana masa umur 10 tahu kot kalau xsilap and then ni pergi pulak bila umur dah nak masuk 20 tahun. Hahaha, dah dekat 10 tahun xpegi sana rupanya ye. Padahal Langkawi tu dah satu negeri dengan Kedah, tapi cek yang orang Kedah ni pun p sana xsampai 5 kali lagi.Haha..bosan??   Mana ada laa...tapi dah xdak rezeki, nak buat macam mana kan.

Bertolak dari rumah ke Jeti Kuala Perlis awal2 pagi dengan harapan nak elak daripada berebut dengan manusia2 lain yang nak jugak ke Langkawi. Tapi hampeh,bila sampai dekat sana tengok2 orang ramai sangat. Yang nak berbaris beli tiket tu pun dah ramai, tu xkira yang nak naik lagi.Aiyark !!

Jom kita layan gambar la...
Ni lah rupanya orang yang beratur nak beli tiket feri pergi Langkawi. Even baru pagi, tapi orang dah berebut2 dah. So, lepastu kena pergi pagi2 lagi. Lepas Subuh mungkin :)

Masih menunggu feri sampai. Muka masih ceria lagi sebab bedak tu melekat lagi.Hihihi

Akhirnya dapat jugak tiket feri untuk kami pukul 8.30 pg. Ehee,awal erk !!
Feri ni boleh muat 500 orang sebab dia dua tingkat. Tapi agak kurang selesa bila terlalu ramai orang yang disumbatkan dalam feri tu. Dah la xdapat dduduk tepi tingkap. Jadi,agak memboringkan sepanjang perjalanan tu okeh.(xboleh tengok laut punya pasal la tu)


This is my father and not his cucu okeh. Ni cucu abang sulung dia yang ikut sama2 pergi Langkawi. Ayah yang tolong jaga dia masa atas feri. Haha,berlatih untuk dia punya cucu. ahaahha...


Bila feri kami dah sampai dekat jeti Langkawi. Cantik sangat pemandangan dekat sini. Ye,jeti Langkawi sangatlah padat dengan orang berbanding jeti Kuala Perlis tadi.

Bila dah sampai tu, kitorang ni pening pulak fikir pasal kereta sewa kan. Dengan perut kami semua ni menjerit nak makan, tapi xde kereta lagi.Aduhaii, nak bergerak macam mana. Bila dah call sana sini sedara mara dekat Langkawi tu, depa bagi la nombor kereta sewa. Seriously, kami pegi sana langsung xprepare apa2 pun. Homestay pun xcari. Muahaha,buat macam kami ada rumah dekat Langkawi uhh..hahaha.Bila bincang punya bincang, dapat la dekat kami satu kereta innova kat atas tu. Dah la mahal sewanya time cuti sekolah hari tu. Cuba bayangkan, sehari sewa kereta RM 200. Cepat la kaya ejen2 kereta sewa ni noh.Haha,tapi xpa, tu la namanya cari makan,bila lagi depa nak mengepau duit kita kan.Haha,so, melayangla duit ayah aku RM 400 untuk dua hari tu.^^


Rehat dekat homestay dulu :)
Baring2 sambil tengok tb

Bukannya pergi kenduri sangat pun dekat sana bila asyik g jalan2 je. Ni dataran lang di Pekan Kuah.Dekat je dengan jeti Kuah tu. Kiranya bila kita dah turun feri tu, kita dah boleh nampak la sekor burung helang besar ni.

Terbang lah terbang tinggi2 ^_^

Mak and ayah rehat2 sambil ambil gambar burung helang tu.

Kalau p Langkawi memang xsah la kalau xbeli minyak gamat bawak balik rumah kan. Sebab dekat sana harga minyak gamat ni agak murah sebab dekat sana ada tempat pemprosesan dia. Lepastu, gamat pun banyak dekat sana.Haa,gambar ni adalah minyak gamat yang x dibotolkan lagi. Baru sedang dimasak. Sesiapa yang nak try celup tangan dalam tu pun boleh.

Duta minyak gamat??




Makan2 besar sebab ada sepupu yang join kami tu belanja :)
 Dah la makan seafood tu xingat dunia. Nanti lagi besar saya punya thyroid ni kan !! haha

Lepas tu pegi Makam Mahsuri, tapi xmasuk pun.Just lepak2 dekat luar je.
Kalau nak masuk, tiket dia beharga 7 ringgit seorang. Mak ai,xberbaloi langsung.Oleh sebab dulu dah pernah masuk,jadi kali ni kami still boleh berkompromi la.


Bershopping dekat Ismail Group n Idaman Suri sampai xmuat kereta.Tempat duduk kami jadi mangsa.
Huaaaaaa !!!




Idaman Suri, Langkawi !!


Atas feri otw balik ke Jeti Kuala Perlis semula.


Oleh kerana saya xsempat makan sebelum naik feri, so,roti jala tu ditapaukan dan dimakan atas feri je.Sekadar tahan lapar sebelum makan benda berat bila dah sampai Kuala Perlis

Benda yang menarik perhatian saya dalam toilet feri tu ialah.......sinkinya yang comel lote tu..hahaha,kecik je duduk dekat sudut toilet feri yang dah sememangnya kecik tu.Rasa macam nak bawak balik rumah,letak dekat dalam bilik tidur. Haha,melampauuu kan !!

And then......bubbbye Langkawi,nanti saya datang lagi yee. Maybe bila saya dah keje.Time tu baru la boleh beli apa2 aje yang saya nak ye tak??

Balik rumah (maghrib) -> kemas barang -> balik uitm naik bas pukul 11 malam.

30.1.13

NSO vs THY part 1

Kadang2 rasa seronok,
Kadang2 rasa malas, bukan malas biasa2, malas sangat2 tu,
Kadang2 rasa macam down je bila nak kena berulang alik pergi sana,
Tapi down kejap je, bila fikir 'hee,boleh jumpa doktor2 dekat sana', terus je hilang rasa down tu..hehe.
Humm,kenapa lah hidup saya mesti berkaitan dengan klinik and ubat semua ni. Haaa, saya ni sekarang dah jadi pelawat tetap Klinik Kesihatan Kuala Pilah nih. Bukan tu je, saya ni dah dikira sebagai pelajar yang paling kerap naik ambulans taw. Muahaha,malu je, tapi nak buat macam mana. Bukannya klinik dengan UiTM ni jaraknya dekat, tapi jauh taw.Kalau naik teksi maunya dia pau 12 ringgit kot. Huish, membazir je. Tu la sebabnya saya lagi prefer tebalkan muka saya dengan bedak yang xberapa nak murah tu, and jadi penumpang setia si pak cik ambulans tu. Wakakakaka..

Dah la setiap kali balik aje daripada klinik tu, badan saya ni mesti tunjuk protes. Nak tau dak macam mana dia protes??
Haaa, dia asyik nak tido je, lepas tu start la bila suhu badan tu semakin naik lepastu rasa macam nak demam. Symptom apakah pulak itu? Hah, saya xnak pendamping a.k.a penyakit baru okeh. Saya dah cukup 'selesa' dah dengan penyakit yang satu ni pun.

Besok,
saya kena lagi pegi hospital sebab nak buat ultra sound kata doktor. Wah2, dah macam orang mengandung dah saya ni haaa.Nak buat ultrasound la bagai kan. Padahal orang mengandung tu kena pegi hospital untuk check up lebih kurang 10 bulan je. Tapi saya ni, dah melampau,haha,dah hampir 5 tahun dah,xkeluar2 lagi anaknya a.k.a penyakit nih. Hahahaha..
Sebenarnya saya risau ni,macam mana nak pergi Hospital Ampuan Najihah tu. Memang la pegi naik ambulans, tapi saya still xtahu procedure dekat hospital tu macam mana besok, saya still xtahu suasana nya macam mana, ye la ni kan first time, saya xtahu staf2 dekat sana macam mana. Yang saya tahu, hospital tu dekat dengan UiTM Melang.Muahahaha..
Hah,dan kesimpulannya, saya terpaksa paksa2 diri saya untuk berdikari besok masa dekat hospital tu. Dan benda ni jugak lah yang merunsingkan kepala otak saya sebenarnya.  Sebelum ni pun, bila pegi klinik Kuala Pilah tu, mesti aje ada insan2 prihatin (kawan2 saya) yang mahu meneman, tapi besok pulak saya dan diorang ada kelas. Saya xpe la kalau skip kelas pun sebab saya ni pesakit, palin lekeh pun boleh dapat mc je besok, tapi kalau kawan2 saya skip kelas semata2 nak teman saya, apa yang diorang dapat?? Hah, mc pun xdapat, xpasal2 nanti kena cop ponteng kelas kan.

Syuhada,please think positively la....
Ye, saya tahu, bila saya kena pegi hospital sorang2 tanpa ada yang meneman, itu adalah salah satu nikmat yang Allah beri kepada saya, sebab saya tahu Allah sayang saya. Jadi, Allah nak ajar saya berdikari dengan cara macam tu. Allah nak saya pandai bawak diri saya. Tak kan la saya asyik nak menyusahkan orang lain, xkan lah saya still nak berdiri atas kaki orang lain, sedangkan saya yang sakit. So, saya mesti bergantung kepada diri saya. Walau susah macam mana sekalipun, saya yang kena tanggung, saya yang kena fikir. Saya mesti kuat. Saya mesti kuat. Saya mesti kuat. Kuat demi Allah, demi diri saya sendiri. Kuat demi family saya. Insya Allah...
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
Dan,diisytiharkan hari ni saya dapat hadiah yang agak besar, sebab berjaya pergi klinik.Hahaha, hadiah yang saya pun agak terkejut dengan saiz dia tu.
Jom saya tunjuk hadiah tu sebagai cenderamata kepada kalian2 semua eh....

Ni lah hadiah yang saya dapat tu. Besar kan??haha. Orang yang sakit jantung pun boleh masuk wad balik ni kalau macam ni. Eheee

Ubat2 yang banyak dengan rasa yang sangat pahit !!

P/S : Doakan keputusan ultrasound saya besok baik2 saja ye !!