10.8.12
dUgAaN bUlAn RaMaDhAn
Tiada yang lebih baik selain dapat menjadi hamba Allah~
Bulan Ramadhan kali ini Allah betul2 banyak menguji kita kan.Ya mungkin itu adalah salah satu cara Allah untuk mengampunkan dosa2 kita di bulan rahmat,bulan keampunan ini.Kalau ramadhan sebelum2 ni kita asyik leka,lalai dan jarang mengingati Allah,tapi kali ini Allah bagi sedikit ujian kepada hambaNya supaya sentiasa mengingatiNya,supaya sentiasa mengagungkan segala kuasaNya,sentiasa yakin Allah itu Maha mendengar,supaya kita juga lebih yakin bahawa Allah lah yang sentiasa mendengar rintihan dan pengaduan kita.Dan yang paling penting!!!Ramadhan kali ini sentiasa mengingatkan aku kepada Allah.Itulah hikmah di sebalik semua dugaan yang diberikan.
Ramadhan kali ni jugak mengajar kita erti sabar.Walaupon pada awal2 ramadhan,air-cond bilik kuliah uitm ni buat perangai dan langsung xberfungsi,pelajar2 masih lagi meneruskan sesi kuliah,sanggup berpanas.Bukan setakat pelajar sahaja,malah semua pensyarah juga seperti biasa meneruskan sesi pembelajaran.Ya mereka semua amatlah tabah.Dalam keadaan kelas yang panas,cuaca kat luar pon panas sesuai dengan maksud bulan ramadhan itu sendiri iaitu 'panas terik'.
Kemudian pada minggu kedua ramadhan pula,para pelajar uitm digemparkan dengan sejenis penyakit berjangkit (Measles) yang menyerang pelajar uitm.Setakat yang diberitahu hari ini 24 orang pelajar yang telah disahkan ada penyakit tu dah diasingkan supaya tidak berjangkit kepada warga2 uitm yang lain.Minggu ini kebanyakan pelajar dah mula ber'mask' kan muka masing2 sebab nk elak dijangkiti.Doktor uitm ni cakap penyakit ni boleh dijangkiti bila berkomunikasi,bersentuhan dengan pesakit dan juga melalui udara.
Allah,satu persatu dugaan datang.Sesungguhnya itu kekuasaanMu Ya Allah~~~
Itu baru dugaan dekat universiti,belum lagi dugaan yang menimpa saudara-mara aku.Yang aku tahu setakat ni mak sedara aku sekali lagi masuk hospital sebab penyakit2dia dan si doktor cakap sehingga hari raya ni pon masih xboleh balik.Maknanya raya kat hospital la kan...?Aduuh,aku pon turut simpati untuk mak sedara sebelah rumah aku tu.Xpa2 Allah kan adaaaa....
Lagi satu yang selalu aku fikir adalah masalah keluarga aku yang aku rasa xnak mention kat sini(nk simpan dalam hati).
Ya Allah,
tidak ada sekelumit pun niat kami untuk mengeluh atas ujian yang Engkau berikan,
malah kami sedar setiap ujian yang Engkau berikan adalah untuk menginsafkan kami seterusnya kembali kepada landasan agamaMu,
malah kami bersyukur.ujian yang Engkau turunkan juga adalah tanda Engkau masih sayang kami dan membawa kami kembali kepada jalanMu,
malah kami juga bersyukur,ujian ini juga adalah untuk menghapuskan dosa2 kami,
Ya Allah,
betapa kami beruntungnya kerana kami dipilih untuk diampunkan dosa pada bulan ramadhan ini iaitu 'penghulu segala bulan',bulan muliaMu,
Ya Allah,dengan ujian yang Engkau berikan ini,ampunkanlah dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,dan dosa muslimin dan muslimatMu,(3x)
Ya Allah,kami sememangnya umatMu yang lemah,umat akhir zaman,maka Engkau berilah dugaan dan ujian yang sesuai dengan kemampuan kami,sesungguhnya Engkau lah Maha Mengetahui,
Ya Allah,lindungilah kami dari bala bencana yang Engkau turunkan,peliharalah kami supaya tidak tergelincir dari landasan Islam,
Sesungguhnya Ya Allah,Engkau lah pencipta kami yang Maha Kuasa,dengarlah rintihan kami,makbulkan doa2 kami.Amin(3x) ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment