Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

30.8.12

Rentetan Hari Raya Aidilfitri 2012~lalalala

Assalamualaikum uollsss...
hari ni,I baru sempat update entry pasal hari raya hari tu.Entah I busy buat apa pon xtahu.Oppss lupa.Minggu ni time I full sebab duk buat assingment yang lecturer bagi dah lama.Tu la balasan baru buat dekat2 deadline dia kan..tu yang kalut semacam ja.Dah2,aku kalau cerita bab ni mesti aku nk marah diri aku je kan.So,let's kita tukar topik la pulak ye.

Ok,berbalik kepada tajuk aku tadi,Rentetan Raya.Hari raya tahun ni aku rasa macam hari yang paling kalut berbanding hari2 raya tahun lepas.Macam mana xkalut,orang datang beraya berduyun2.Tapi xpa kalau tetamu datang,tetamu bawa rezeki kan.Dengan rumah yang bersepahnya,malam raya baru melompat duk kemas+pasang langsir+mop lantai+etc


Malam raya hari tu,lepas ja isytihar besok raya,I pun kalut la kemas rumah.Mak I pulak kalut duk jahit baju raya yang xsiap2 lagi.Hahaha..kesian mak,hari raya besoknya tu,xsempat pakai la baju baru coz xsiap kan.Xpa2,hari raya ke-3 tu sempat la jugak mak pakai.Alhamdulillah...Ok tu kisah I n mak .Kakak I pulak masa malam raya tu dia kerja.So,I la anak dara yang macam lipas kudung malam tu.Ayah pulak pegi masjid,abang keluar pegi ambik adik kat rumah nenek.Nasib badan laa...

Then bila pagi raya pulak,mak n kakak sibuk duk buat bihun soto untuk tetamu yang datang.Tetamu yang fisrt datang rumah I pagi tu ialah cik pah and family.Lepas tu bermula lah kawan2 ayah,kawan abang,kawan kakak n jiran2.Mak sedara aku pon pakat2 datang jugak.4 biji kereta la depa hari tu..Sampai ke petang baru la aku rehat2 sat.Malam tu pulak kawan ayah datang lagi.Adik aku dah duk bising2 bila la nk pegi rumah tok aku pulak kan..Ya la dah malam dah pon.hihihi.Sepupu pulak ramai kat rumah tok aku tu.Kiranya semua ada kat sana la.Akhirnya pukul 10 malam kami sampai kat sana.





Tu la serba sikit pasal raya aku tahun ni.Hurmm..da malas nak tulis nii..tengok gmbar je la--->




14.8.12

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari ni aku rasa macam dah habis FINAL ja.Ya la dari minggu lepas lagi kuiz dan test xhabis2.Penat rasa tiap2 hari duk mengadap buku.Aku ni pulak dah la jenis yang suka stay up time malam2.Memang bertambah letih la kan.Tapi xpa,hari ni dah habis untuk test 2.Kiranya lepas raya nanti test 3 je la.Alhamdulillah~

Jom, aku list test yang aku ada minggu lepas dan termasuk minggu ni sekali.

Minggu lepas bila mula ja kelas hari isnin,
  • aku ada kuiz chemistry
  • hari selasa - test microbiology
  • hari rabu free la kejap
  • hari khamis-test food engine
  •                  -lab test CSC 134
  • hari jumaat-test CSC 134
Haaa..tu yang minggu lepas saja.Ingatkan minggu ni boleh la free sikit.Xpayahla nak kalut2 baca notes,boleh ingat balik terus.Tapi tak..ada ja test minggu ni.Siap 2 pulak tu.Semalam jawab test chemistry dan hari ni jawab test basic nutrition pulak.Test hari ni jadi test yang last sebelum cuti balik raya.Yahooooo...!!!!
*
*
*
Tadi baru ja kol mak.Mak cakap banyak keja yang xsiap lagi kat rumah.Nak kemas perabot bagai..nk cuci sini,cuci sana,nak buat kuih raya lagi (simpulan kasih) .Aduuuuuhh..memang tugas aku la kan bila balik nanti.Tapi takut xsempat pulak.Ya la nanti aku balik hari khamis malam-jumaat baru sampai,raya hari ahad.Ada 2 hari ja untuk aku kemas2 rumah tu.Erk..xkonfem la sempat ke tak .Xkan nak berjaga kot malam raya nanti..?
Kakak aku pulak tengah kerja.Mak pulak busy dengan kerja dia.So,aku la yang menjadi suri rumah sementara.Tu la anak perempuan sikit sangat.Hahaha..memang kena keja teruk la buat keja rumah.Hurmmmm...

Lagi satu,dah la aku xbeli baju raya lagi.Lagi sekali aku tanya sempat ke tak yaa?Aiyaaakk!!!
Tu la masa awal2 dulu xnak beli lagi.Ni bila dah last minit nak raya baru la fikir pasal baju raya.Apasal la sem ni  aku ni ambik ringan je pasal raya hah...?Satu benda apa pon aku xcari lagi.

Mungkin sebab otak aku ni dah dipenuhi dengan test9..tu sebab kemeriahan raya tu xterasa sangat kan..?Xpa2, ni dah habis test,hari khamis ni boleh la pi cari baju raya sat sebelum naik bas tu~mintak2 la cepat ja jumpanya.

Ya Allah..permudahkanlah urusan kami.....
 Aminnnnnn...=))


13.8.12

RuTiN

Kejap lagi saya ada test nutrition...doakan saya..malam ni baru boleh tulis banyak2 sebab da xda test..yeayyy!
10.8.12

dUgAaN bUlAn RaMaDhAn


 Tiada yang lebih baik selain dapat menjadi hamba Allah~

Bulan Ramadhan kali ini Allah betul2 banyak menguji kita kan.Ya mungkin itu adalah salah satu cara Allah untuk mengampunkan dosa2 kita di bulan rahmat,bulan keampunan ini.Kalau ramadhan sebelum2 ni kita asyik leka,lalai dan jarang mengingati Allah,tapi kali ini Allah bagi sedikit ujian kepada hambaNya supaya sentiasa mengingatiNya,supaya sentiasa mengagungkan segala kuasaNya,sentiasa yakin Allah itu Maha mendengar,supaya kita juga lebih yakin bahawa Allah lah yang sentiasa mendengar rintihan dan pengaduan kita.Dan yang paling penting!!!Ramadhan kali ini sentiasa mengingatkan aku kepada Allah.Itulah hikmah di sebalik semua dugaan yang diberikan.

Ramadhan kali ni jugak mengajar kita erti sabar.Walaupon pada awal2 ramadhan,air-cond bilik kuliah uitm ni buat perangai dan langsung xberfungsi,pelajar2 masih lagi meneruskan sesi kuliah,sanggup berpanas.Bukan setakat pelajar sahaja,malah semua pensyarah juga seperti biasa meneruskan sesi pembelajaran.Ya mereka semua amatlah tabah.Dalam keadaan kelas yang panas,cuaca kat luar pon panas sesuai dengan maksud bulan ramadhan itu sendiri iaitu 'panas terik'.

Kemudian pada minggu kedua ramadhan pula,para pelajar uitm digemparkan dengan sejenis penyakit berjangkit (Measles) yang menyerang pelajar uitm.Setakat yang diberitahu hari ini 24 orang pelajar yang telah disahkan ada penyakit tu dah diasingkan supaya tidak berjangkit kepada warga2 uitm yang lain.Minggu ini kebanyakan pelajar dah mula ber'mask' kan muka masing2 sebab nk elak dijangkiti.Doktor uitm ni cakap penyakit ni boleh dijangkiti bila berkomunikasi,bersentuhan dengan pesakit dan juga melalui udara.
Allah,satu persatu dugaan datang.Sesungguhnya itu kekuasaanMu Ya Allah~~~

Itu baru dugaan dekat universiti,belum lagi dugaan yang menimpa saudara-mara aku.Yang aku tahu setakat ni mak sedara aku sekali lagi masuk hospital sebab penyakit2dia dan si doktor cakap sehingga hari raya ni pon masih xboleh balik.Maknanya raya kat hospital la kan...?Aduuh,aku pon turut simpati untuk mak sedara sebelah rumah aku tu.Xpa2 Allah kan adaaaa....
Lagi satu yang selalu aku fikir adalah masalah keluarga aku yang aku rasa xnak mention kat sini(nk simpan dalam hati).

Ya Allah,
tidak ada sekelumit pun niat kami untuk mengeluh atas ujian yang Engkau berikan,
malah kami sedar setiap ujian yang Engkau berikan adalah untuk menginsafkan kami seterusnya kembali kepada landasan agamaMu,
malah kami bersyukur.ujian yang Engkau turunkan juga adalah tanda Engkau masih sayang kami dan membawa kami  kembali kepada jalanMu,
malah kami juga bersyukur,ujian ini juga adalah untuk menghapuskan dosa2 kami,
Ya Allah,
betapa kami beruntungnya kerana kami dipilih untuk diampunkan dosa pada bulan ramadhan ini iaitu 'penghulu segala bulan',bulan muliaMu,
Ya Allah,dengan ujian yang Engkau berikan ini,ampunkanlah dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,dan dosa muslimin dan muslimatMu,(3x)
Ya Allah,kami sememangnya umatMu yang lemah,umat akhir zaman,maka Engkau berilah dugaan dan ujian yang sesuai dengan kemampuan kami,sesungguhnya Engkau lah Maha Mengetahui,
Ya Allah,lindungilah kami dari bala bencana yang Engkau turunkan,peliharalah kami supaya tidak tergelincir dari landasan Islam,
Sesungguhnya Ya Allah,Engkau lah pencipta kami yang Maha Kuasa,dengarlah rintihan kami,makbulkan doa2 kami.Amin(3x) ya Rabbal 'Alamin.








AkU XpaNdaI Nk BrKeNalAn

Tadi ada kenalan facebook yang aku sendiri pon tak berapa kenal dengan dia.Tetiba ja dia chat dengan aku kat fb.Ok..aku kenalkan orang tu sebagai si A.

Si A ni cakap nak berkenalan dengan aku.Boleh pulak macam tu kan.Aku ni dah la xpandai nk berkenalan bagai ni.Hesy mana aku taw semua tu.Dulu sekolah menengah mananya ambik kos tu kan.So xberapa nk pro sangatla.Heeee...Tapi xpa aku xkisah pon kalau xpro bab tuu.

Lepas tu Si A ni hantar lagi mesej.Dia tanya aku ada kat mana.Hahahaha..lpas tu terus aku xjawab apa2.Sesungguhnya saya sangatlah tidak pandai nak berkenalan semua tuu.Lepas tu aku rasa Si A ni boring kot sebab aku macam nak xnak ja layan dia then terus dia offline...kikikiki~

Ok..banyak tu ja yang aku nak tulis malam nii.Aku nak melelapkan mata.Letih hari ni.Pagi tadi jawab test CSC ntah apa2 ja~Dah xnak cakap pasal CSC.Buat sakit kepala otak jaaa...Hesy~

Jommmm tido~~~
7.8.12

KaU sUkA~AkU..?

Hahaha..entry kali ni aku teringin nak cakap pasal........haaaa..ce teka pasal apa..?

Jomm baca!!!!

Dari zaman sekolah lagi kawan2 aku ni dah kecoh nk kahwin..tu baru zaman sekolah belum lagi zaman universiti.Dah tu bila aku kat zaman universiti berkali-kali ganda la lagi kecoh..hurmm...then apa reaksi aku sekarang yee...

Yeah yang aku tahu aku xda apa2 perasaan,aku xtahu nk komen tentang apa2,aku xtahu apa yang aku suka,aku rasa malu kalau aku bercakap tentang lelaki yang aku suka dan banyak lagi.Aku rasa diri aku ni xcukup sempurna.

Kadang2 aku pegi kat sorang kawan,dia cerita tentang lelaki yg dia suka..
Pegi kat sorang lagi sama jugak..then ada kawan2 aku yang suka kat orang seUiTM pulak tu..heeeeee...just suka dalam diam je kan..

Yup aku pon ada la jugak kadang2 tu TERsuka kat orang ni..tapi aku suka diam ja..aku xsuka bagitawu kawan2 aku..nk tawu x sebab apa aku macam tuuu...?

Yang aku tahu diri aku ni xlayak nk berdamping dengan orang yang aku suka tuu..aku rasa sangat merendah diri....aku rasa aku xberhak nak suka orang tu pon..sebab bukan aku yang aturkan jodoh ni kan..so aku tunggu je la bila jodoh aku datang...lambat atau cepat je..nk cepat boleh??just joking

And salah satu aku xnak bercinta adalah sebab aku nak dapat bakal suami aku yang xbercinta jugak..kononnya bersih la kan..hik3..fair la kan macam tu.Aku xnak lelaki yang zaman remaja dia asyik berkepit je dengan perempuan,aku xnak lelaki yang senang2 ja suka sentuh perempuan yang bukan muhrim.Aku xnak lelaki yang sombong,yang xjujur dan macam2 lagi..kalau aku tulis xhbis sampai besok nih

Aku suka kata2 ni..so jangan jadi macam ni ya.*untuk aku


“Sayang sekali, kerana cinta kau memilih neraka”

Di dalam surah  Allah berfirman yang artinya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS.Ar-Ruum [30]:21


2.8.12

LiNdunGi HAmBa

Wahai Tuhan,
Jauh sudah lelah,
Kaki melangkah,
Aku hilang tanpa arah,
Rindu hati sinarmu,

Wahai Tuhan,
Aku lemah,hina berlumur noda,
Hapuskanlah,terangilah,
Jiwa di hitam jalanku,

Ampunkanlah aku,terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkau Sang Maha Pengampun dosa,
Berikanlah aku kesempatan waktu,Aku ingin kembali,
Dan mesti tak layak sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku,












DoA MalaM raMaDhAn 13

Wahai Tuhan,

Daku bermohon keampunan dan kemaafan,

Tambahkan padaku ilmu yg brguna,

Terimalah amalanku,

Dan perkenankan taubat hambaMu.