Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

7.4.13

Allah Pemilik Mutlak Sang Hati~


Hati ni rasa berat sangat2. Dalam fikiran ni ada macam2 yang ternyata kadang2 mampu membuatkan aku mengalirkan air mata. Hanya mampu menangis di depan Allah memohon pertolongan dan petunjuk yang Benar.
Kadang2 menangis di depan Allah itu lebih baik berbanding mengadu kepada manusia yang juga diciptai oleh Allah.
Ya, sekarang aku dalam keadaan yang terumbang ambing. Ya,aku sekarang sangat terbuai dengan dunia, dan bila Allah seolah2 memberi amaran kepada aku dengan menurunkan ujianNya, aku kembali memaut kepada kasih Penciptaku. Terima Kasih Allah, masih lagi memberi peluang dan sentiasa membuka peluang untukku kembali kepadaMU, dan tiada apa yang lebih baik selain mendapat peringatan daripadaMu, tiada apa yang lebih baik selain memperoleh kasih sayang daripadaMu, dan tiada apa yang lebih baik selain mensyukuri nikmatMu.

Allah, pada saat dan waktu ini, aku hanya memohon untuk dipinjamkan sedikit kekuatanMu. Ya Allah,pada saat ini, aku memohon, atas apa jua ujian yang Engkau berikan kepadaku, berilah nikmat kemanisan di penghujungnya ~

Ya Allah, atas apa jua yang aku ada pada hari ini, aku memohon kepadaMU untuk terus memeliharanya.
Aku hanya insan yang lemah, tiada apa2 yang boleh aku lakukan. Jadi aku hanya mampu memohon padaMU. Aku hanya berserah dan bertawakkal kepadaMu. Peliharalah aku Wahai Sang Penciptaku yang penuh zat2 Nya :'( Aku Mohonnnnnnnn Ya Allah~~


'Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.'
P/S : Aku ingin merasai bahagia di penghujungnyaaa tanpa melupankanMu~ Inzinkanlah aku


8.3.13

Manage Stress Baik2

Assalamualaikum,

Stress? Haa, kenapa ttba aku nk cakap pasal stress? Sebab orang sekarang ni asyik nk stress je kan. Stress tu ok laa lg, tapi yg aku geramnya, kadang2 bila dh keadaan mcm tu langsung xpndai nak manage.

Stress tu apa? stress tu tension or tekanan.
Semua orang pun pernah hadapi stress ni tapi bezanya antara pandai uruskan ke x

Kadang2 ada orang yg pndai manage. Macam mana yang kita kata pandai manage? Macam ni, bila dia tension, dia xmenen'tion' kan orang lain sama. Tu la orang yg pandai jaga strees depa uhh

Tapi ada jugak yg xberapa nk pandai manage sebab bila dia tension je, mesti dia akan menentionkan orang lain sama. Orang macam ni la yg patut belajar lagi stress management uhh :p

Bila dia tension--> orang lain tension --> merajuk !! haaa, padan muka, kan kena pujuk. haishhhhh

Lain kali kalau nk tension pun biar ada sebab, contohnya bila hormon nk berubah ke apa ke. Bukan bila2 masa je. Okeh?

P/S : jngan cepat tension, nt kawan lari
2.3.13

keindahan sahabat !!



Bagaikan setiap masa dan ketika aku selalu memintamu
berada disisi ku menemaniku
setiap masa dan setiap detik
Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.

Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.

Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.

Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku;
sudi menjadi pendengar di sisiku;
sudi membeli masalahku.

Terima kasih, sahabat.

Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak
engkau di bidang mu
dan aku dibidangku
Insyaallah sahabat
26.2.13
Fakta Anak Ketiga (copy paste) :

• bila tension ke mara ke dia akn mnangis or dlm kata lain yg pling mudah keluarkn air mata ;)..

• nampak pendiam , nampak pemalu tapi bila dah kenal , bila dah rapat memang tak duduk diam punya..

• pemalu at first time, forgive easily, paling comel...

• Sweet macam madu. Pemarah macam singa. Manja macam kucing. Tidak suka dibandingkan dengan orang lain...

• cepat touching even nampak tough..

• suka benda yang comel dan suka buat muka comel bila nampak benda yang comel ..

• care too much, hard to express feeling, fall hard..

• muka jet jet garang tp sebenarnya handsome/ cantik. They're sweet plus caring and they gave good advices ♥..

• kalau dah taksuka memang taksuka. Kalau dah cakap taknak memang taknak. Kalau dah malas memang malas. K"..

• degil nak mampos .mak ayah cakap taknak dengar .tapi anak ketiga tu lah yang setia dgn mak ayah walaupun dah ada keluarga...
24.2.13

^_____^

Diri ini masih lagi bnyak kekurangan, walaupun dah dengar ceramah semalam, tapi masih bnyak lg yang perlu dibaiki.
Solat masih perlu dibaiki dan ditunaikan di awal waktu (^___^) itu yang utama !!
Barulah stylo namanya kan :)
19.2.13

Mereka

Alhamdulillah
Beruntungnya ketika ini,
Dikurniakan mereka2 yang sangat mengambil berat ketika susah dan senang pasti tidak dilupakan,
Mereka2 yang mengelilingi pada waktu senang sebelumnya turut muncul ketika waktu susah,
Mereka2 itu mengambil berat membuatkan hati kecil ini terharu,
Betapa mulianya mu Ya Rabb,
Walau ibu bapa jauh di mata,
Kau tetap memberikan mereka2 yang kuat berdiri di sisi,
Mereka2 yang turut merasai kesakitan ini,
Yang tolong memberikan nasihat juga mereka,
Ya,
Mereka penting di saat perlu berdikari,
Mereka penting bila masa berjauhan dengan keluarga,
Dan,
Jasa mereka harus diingati,
Jasa mereka membuatkan kasih sayang itu kian bercambah,
Kasih sayang yang diberikan membuatkan rasa berat untuk berpisah dengan mereka,
Rasa ingin terus bersahabat dengan mereka hingga hujung nyawa,
Apa lagi yang boleh diertikan kepada mereka2 itu kalau bukan insan berhati mulia :)



1.2.13

Langkawi Trip

Haa,sebenarnya, trip ni dah lama dah, hummm tapi xde la lama jugak sebab baru sebulan je. Kami satu family melancong ke 'oversea'. Haha, Langkawi je pun kan. Ok lah tu kira oversea,sebab merentasi laut tu nak sampai kat sana. Sebab ada kenduri my cousin la kami sampai p sana. Kalau xdak apa2 tujuan, memang tunggu bertahun la pulak nak jejak kaki dekat sana. Last time saya pegi sana masa umur 10 tahu kot kalau xsilap and then ni pergi pulak bila umur dah nak masuk 20 tahun. Hahaha, dah dekat 10 tahun xpegi sana rupanya ye. Padahal Langkawi tu dah satu negeri dengan Kedah, tapi cek yang orang Kedah ni pun p sana xsampai 5 kali lagi.Haha..bosan??   Mana ada laa...tapi dah xdak rezeki, nak buat macam mana kan.

Bertolak dari rumah ke Jeti Kuala Perlis awal2 pagi dengan harapan nak elak daripada berebut dengan manusia2 lain yang nak jugak ke Langkawi. Tapi hampeh,bila sampai dekat sana tengok2 orang ramai sangat. Yang nak berbaris beli tiket tu pun dah ramai, tu xkira yang nak naik lagi.Aiyark !!

Jom kita layan gambar la...
Ni lah rupanya orang yang beratur nak beli tiket feri pergi Langkawi. Even baru pagi, tapi orang dah berebut2 dah. So, lepastu kena pergi pagi2 lagi. Lepas Subuh mungkin :)

Masih menunggu feri sampai. Muka masih ceria lagi sebab bedak tu melekat lagi.Hihihi

Akhirnya dapat jugak tiket feri untuk kami pukul 8.30 pg. Ehee,awal erk !!
Feri ni boleh muat 500 orang sebab dia dua tingkat. Tapi agak kurang selesa bila terlalu ramai orang yang disumbatkan dalam feri tu. Dah la xdapat dduduk tepi tingkap. Jadi,agak memboringkan sepanjang perjalanan tu okeh.(xboleh tengok laut punya pasal la tu)


This is my father and not his cucu okeh. Ni cucu abang sulung dia yang ikut sama2 pergi Langkawi. Ayah yang tolong jaga dia masa atas feri. Haha,berlatih untuk dia punya cucu. ahaahha...


Bila feri kami dah sampai dekat jeti Langkawi. Cantik sangat pemandangan dekat sini. Ye,jeti Langkawi sangatlah padat dengan orang berbanding jeti Kuala Perlis tadi.

Bila dah sampai tu, kitorang ni pening pulak fikir pasal kereta sewa kan. Dengan perut kami semua ni menjerit nak makan, tapi xde kereta lagi.Aduhaii, nak bergerak macam mana. Bila dah call sana sini sedara mara dekat Langkawi tu, depa bagi la nombor kereta sewa. Seriously, kami pegi sana langsung xprepare apa2 pun. Homestay pun xcari. Muahaha,buat macam kami ada rumah dekat Langkawi uhh..hahaha.Bila bincang punya bincang, dapat la dekat kami satu kereta innova kat atas tu. Dah la mahal sewanya time cuti sekolah hari tu. Cuba bayangkan, sehari sewa kereta RM 200. Cepat la kaya ejen2 kereta sewa ni noh.Haha,tapi xpa, tu la namanya cari makan,bila lagi depa nak mengepau duit kita kan.Haha,so, melayangla duit ayah aku RM 400 untuk dua hari tu.^^


Rehat dekat homestay dulu :)
Baring2 sambil tengok tb

Bukannya pergi kenduri sangat pun dekat sana bila asyik g jalan2 je. Ni dataran lang di Pekan Kuah.Dekat je dengan jeti Kuah tu. Kiranya bila kita dah turun feri tu, kita dah boleh nampak la sekor burung helang besar ni.

Terbang lah terbang tinggi2 ^_^

Mak and ayah rehat2 sambil ambil gambar burung helang tu.

Kalau p Langkawi memang xsah la kalau xbeli minyak gamat bawak balik rumah kan. Sebab dekat sana harga minyak gamat ni agak murah sebab dekat sana ada tempat pemprosesan dia. Lepastu, gamat pun banyak dekat sana.Haa,gambar ni adalah minyak gamat yang x dibotolkan lagi. Baru sedang dimasak. Sesiapa yang nak try celup tangan dalam tu pun boleh.

Duta minyak gamat??




Makan2 besar sebab ada sepupu yang join kami tu belanja :)
 Dah la makan seafood tu xingat dunia. Nanti lagi besar saya punya thyroid ni kan !! haha

Lepas tu pegi Makam Mahsuri, tapi xmasuk pun.Just lepak2 dekat luar je.
Kalau nak masuk, tiket dia beharga 7 ringgit seorang. Mak ai,xberbaloi langsung.Oleh sebab dulu dah pernah masuk,jadi kali ni kami still boleh berkompromi la.


Bershopping dekat Ismail Group n Idaman Suri sampai xmuat kereta.Tempat duduk kami jadi mangsa.
Huaaaaaa !!!




Idaman Suri, Langkawi !!


Atas feri otw balik ke Jeti Kuala Perlis semula.


Oleh kerana saya xsempat makan sebelum naik feri, so,roti jala tu ditapaukan dan dimakan atas feri je.Sekadar tahan lapar sebelum makan benda berat bila dah sampai Kuala Perlis

Benda yang menarik perhatian saya dalam toilet feri tu ialah.......sinkinya yang comel lote tu..hahaha,kecik je duduk dekat sudut toilet feri yang dah sememangnya kecik tu.Rasa macam nak bawak balik rumah,letak dekat dalam bilik tidur. Haha,melampauuu kan !!

And then......bubbbye Langkawi,nanti saya datang lagi yee. Maybe bila saya dah keje.Time tu baru la boleh beli apa2 aje yang saya nak ye tak??

Balik rumah (maghrib) -> kemas barang -> balik uitm naik bas pukul 11 malam.