Untuk hampir dua tahun ni,dah banyak kali mulut saya asyik
cakap nak pergi ambik lesen kereta.Saya rasa dah xboleh bilang dah keberapa
kali saya cakap macam tu hari ni.Haaa,tapi tu la,memang mungkin xada rezeki
saya lagi kot.Setiap kali nak ambik je mesti ada halangan.And hari ni buat
pertama kalinya saya menangis setelah 3 minggu ada di rumah ni.Menangis sebab
xdapat ambil lesen kereta lagi.Sob3
Cadangnya sebelum ni,saya akan ambil lesen dalam cuti sem
sebulan ni dengan seorang sahabat saya sendiri.Tapi,mungkin saya terlewat sikit
dalam urusan pendaftaran,sahabat saya tu telah pun start belajar memandu dahulu
di pusat memandu Pendang.Ahh,apa nak dikata,mungkin dia ada sebab untuk ambil
lesen kereta awal.Mengalir la jugak air mata tadi.Haaaa kenapa yaaa?Saya
sentiasa mencari sebab bila air mata ni tumpah.Ye la,selepas sahaja saya
menjejak kaki ke Kuala Pilah,air mata saya jarang2 keluar.Saya kuat……^^
Tapi kali ni,saya tewas.Mungkin apabila sahabat saya itu
berbuat begitu,hati saya terus teringat akan peristiwa 7 tahun yang lalu….
‘Ya saya masih ingat ketika itu kami masih berada di darjah
6 (sekolah rendah).Waktu itu,boleh dikatakan kami ini adalah pelajar yang agak
aktif dan menonjol.Jadi,kami menyertai banyak aktiviti sekolah dan saya pada
waktu itu mengaktif kan diri saya dengan permainan bola baling.Begitu juga
dengan sahabat saya.Malah sahabat saya itu lagi cekap bermain bola baling jika
dibandingkan dengan saya.Dan sehinggalah suatu hari itu,sekolah mengadakan
latihan sebelum bertanding.Ketika itu,saya dan sahabat itu berjanji untuk turun
ke padang bersama2.Tetapi malangnya,saya ditinggalkan.Sahabat saya itu turun
bersama kawan2 yang lain.Ya saya mengaku yang hati saya ini sangat mudah
tersentuh,dan apabila seorang sahabat yang saya tersangat ingin dekat dengan
dia memperlakukan sebegitu kepada saya,saya mula terasa hati dan mula merendah
diri.Sejak dari hari itu,saya sentiasa
mengingatkan diri yang saya ini kurang layak untuk bersahabat dengan dia.Dia
dengan saya itu mempunyai latar belakang yang berbeza.’
Dan….bila hari ini perkara yang sama berulang lagi.Di mana
saya turut ditinggalkan.Kalau dulu saya xada ‘geng’ untuk turun ke padang,tapi
hari ini saya turut xada ‘geng’ untuk belajar.
Kalau saya mengimbau semula kenangan yang pernah saya dan
dua orang lagi sahabat saya lalui ketika dulu,saya rasa, pasti kenangan itu
akan membuatkan air mata saya tumpah macam air paip mengalir.Tapi,saya teringin
mencatatkan segala peristiwa dan kenangan bersama kami dahulu.Saya ingin simpan
semua kenangan itu di dalam tulisan saya.Sebab,bila suatu hari nanti apabila
saya menjadi seorang yang pelupa,saya boleh mengutip kenangan lama itu kembali
dengan membaca semula apa yang saya catatkan.Jadi,saya akan sentiasa ingat.
Ya Allah
Untuk sebarang
kekurangan dalam diri ini,
Janganlah Engkau
jadikan ia sebagai penghalang diri ini untuk meraih ehsan Mu di dunia &
akhiratMu
Pinjamkan lah kepada
kami ini sedikit dari kekuatanMu,
Ya Allah
Sekiranya sesuatu
keadaan itu tidak elok untuk diri ini maka Engkau jauhkan lah,
Dan sekiranya sesuatu
keadaan itu elok lagi berkat bagi diri
ini dan keluarga,Engkau dekat kan lah,
Ya Allah
Sesungguhnya,hidup
dan mati ku hanyalah untukMu.
Ya Rasul kami,Nabi
Muhammad,
Berilah kami
syafaatMu,
-Amin-