Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tik Tok Tik Tok

30.9.12

Final Exam



Besok hari pertama bermulanya peperiksaan akhir sem 3.Ya Allah, berdebarnya... :3
Ya Allah,
Bersihkanlah hati kami dari sebarang kekotoran,
Permudahkan lah kami menjawab pada esok hari,

Ya Allah,
Engkau berada lah sentiasa berada di sisi kami,
tidak kira lah apa jua yang kami lakukan,


Ya Allah,
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami
Ampuni lah dosa kami

Ya Allah,
Sesungguhnya kami bertawakkal kepadaMu,
setelah kami usahakan 
Justeruuuu,berilah kami peluang untuk meraih kejayaan :)

-Amin-
27.9.12

^ _^Yasmin








Ni petikan daripada fb kawan saya.

‎" Usunglah dirimu ke TIKAR SOLAT sebelum kamu diusung ke LIANG LAHAD dan menjadi santapan CACING dan ULAT "

P/S : baca dengan penuh intonasi anda~



















26.9.12

3 hari 2 malam di Gombak


Alhamdulillah
Segala urusan dalam 3 hari ni dipermudahkan Allah.
Dari awal perjalanan kami sampai ke akhir semuanya berjalan lancar.

Coret2 perjalanan kami :

Ahad : Pagi2 lagi dah bertolak ke Pasar Seni(naik bas).Lepastu ambik LRT ke Taman Melati (rumah ayu)
Bila dah sampai tu terus je makan *macam monster laparnya.hahaha.Bila perut dah kenyang, kami berenang pulak.Berenang kat belakang rumah ayu jeee *kebetulan ada air terjun (seronok)
Bila dah naik dari air terjun tuuuu, kitorang makan lagi.Almaklumlah...perut dah bunyi kan.Mungkin sebab banyak sangat berendam kot.
Bila dah lepas makan malam pulak, kitorang ramai2 buat kuih.Jeng, jeng, jeng teka la kuih apa.
Hehe :)

seronok berendam :)




Bila dah penat, makan xsedar diri...hihi

Jom main masak2







Inilah hasil yang ariena dapat



Isnin : Pagi2 dah bangun, lepas tu mengadap tv.Hehehe.Bukan pemalas,tapi mama ayu tu xsuka masak ramai2.Lepa makan tengah hari kitorang keluar jalan2.Bukan main seronok sorang2 bila dapat keluar kan.Macam heaven habis la.
Macam- macam tempat la jugak kitorang pegi kan.Pasar seni dan masjid jamek tu destinasi wajib.
Bila balik rumah dh petang, sorang2 letih macam umur da 60 tahun haaa.Haahahaha

Pasar Seni




Otw to masjid Jamek : smpat lg brgambar




 Dan....bila dalam monorel ada la 2 org budak sesat


Selasa : Tiba lah masa untuk pulang ke kampus.Sediiiih.Tapi xpe bila2 cuti nanti we all pergi sana lagi.Hahaha.Bila nak balik tu, ada la bekalan sikit yang mama ayu kasi :)

TERIMA KASIH AYU DAN FAMILY~



18.9.12

^____^



Assalamualaikum semua, lama sungguh rasanya tidak update fanpage, sedangkan baru beberapa hari. Dalam satu Hadis, daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan....

Apa yang menariknya, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa konsep Law Of Attration yang dipopularkan oleh barat itu bukan perkara baru bagi kita umat Islam. Sebab Hadis Nabi SAW ini sudah menjelaskannya sejak lebih 1400 tahun dahulu.

Apa yang kita Niatkan, Gambarkan, Yakinkan maka itulah yang PASTI Allah datangkan, insya Allah. Niatkan untuk dapat rezeki, perniagaan menjadi, belajar dapat Semua A, dapat naik pangkat dan apa sahaja.. semuanya akan jadi. Apabila 2 orang cuba mendapatkan satu perkara yang sama, misalnya sama-sama mahu naik pangkat sedangkan hanya ada satu kekosongan, maka orang yang minda dan hatinya lebih kuat akan memperolehinya. The Strongest Mind Always Win! Kerana biasanya minda dan hati yang terdorong akan terlihat melalui tindakan dan tingkahlaku. Ia memberikan hasil.
Unlike ·  ·  · 13 minutes ago · 

8.9.12

A.D.A.M

Assalamualaikum...
Entry saya kali ni nak cerita serba sikit tentang A.D.A.M
Haaa..A.D.A.M yang dimaksudkan ni bukan merujuk kepada kaum lelaki, tetapi shortform kepada majlis yang dinamakan Aidilfitri Di Ambang Merdeka.That's it.

Majlis ADAM ni berlanjutan selama seminggu dan majlis penutupan nya hari jumaat lalu.
 MPP UiTM adalah yang terlibat sebagai tonggak utama dalam majlis malam tu.
Pukul 9 malam barulah majlis tu mula.Op kos la doa dibaca sebelum majlis tu.

Tapi yang saya nak cerita kat sini kelancaran dan 'kekelamkabut' nya majlis malam tu.Dari awal majlis tu,pelajar2 yang berkumpul sebagai penonton sangatlah bising.Dan sesi bersembang itu berterusan hingga majlis bermula.Sampaikan reaktor berucap pun,suara2 pelajar masih riuh.Hairankan...siapakah yang bertanggungjawab nk memastikan para pelajar jaga kelakuan pada malam tu?Mana semua AJK yang mengendali program ni?

Ok,seterusnya apa yang saya dapat lihat ketika majlis berlangsung adalah tarian menari pelbagai kaum dan mestilah juga pelbagai pakaian yang dipakai.

Paling saya kecewa adalah semasa persembahan tarian oleh mahasiswi2.Yeah,saya puji tarian diorang memang cun.Tapi saya kurang senang dengan pakaian mereka.Apa yang saya nampak,pakaian peserta tarian malam itu sangatlah jarang sehingga menampakkan bentuk2 yang tidak patut dilihat.

Terus terang saya cakap,malam tu saya sebagai seorang wanita berasa malu dengan apa yang saya lihat.Saya xtahu apa perasaan orang lain.Tapi bagi saya, benda itu tidak patut terjadi.Sekiranya program itu hanya untuk siswi,saya tidaklah berapa kisah.Tapi ini kes lain cerita.

Heiiiii....awak,jommm sama2 berubah nak x...?
Saya pon nak berubak ke arah yang lebih baik....

P/S : Ya Allah,janganlah palingkan hati2 kami daripada beriman kepadaMu::





Harta itu...?

Assalamualaikum....

Saya suka kata2 niii...
Sebab apa...?

Sebab motivasi ni menyerap dalam hati saya.

Ni saya copy daripada fb laaa...

Saya nak jadikan peringatan untuk diri sendiri.(yaa,itulah gunanya blog)


UNTUK apa kita cemburukan mereka yang berharta sedangkan harta yang mereka ada itu adalah pinjaman ALLAH semata-mata. USAHLAH BERSEDIH dengan apa yang mereka miliki sekarang ini, kerana di JANAH sana, apa yang kamu inginkan semuanya dipenuhi. ;) TIDAK MENGAPA HARTA DUNIA PINJAMAN SEMATA, TETAPI JANNAH DI AKHIRAT SANA KEKAL SELAMANYA


^Ye...memang harta ni kalau kita kumpul pon xpernah cukup kan.^

(^_^)Jadi...jom kita kumpul pahala & baru la boleh kumpul harta bila dekat syurga nanti.




7.9.12

Waaa Sediiihh

Napa la hari  ni sedih sangat niiiii...Syuhada,WAKE UP

---->semangat ooo semangat datanglaaaa balik<----

Mood happy datanglaaaa kawan dengan saya.Saya pon xnak kawan dengan sedih.

Sedih selalu ja buat saya marah.

Happy,datanglaaaa...lepastuuuu________awak tolaklaaa sedih jauh2 tauuuu

Happy,
awak tahu kalau sedih datang kat saya,satu saya mesti sedih.Lepastu saya xboleh buat apa2 sebab sedih tu menghalang saya.
Lagi satu awak tahu,kalau sedih datang,saya mesti kuat makan.Tak tau la kenapa.Bukan sedih belanja saya pon.Muahahaha..

Sedih....
kenapa awak perlu cari saya..?
apa awak kata?kawan2 awak sentiasa ada kat kawan2 saya jugak?
apa la awak ni sedih.Jahat betul
kalau awak datang belanja kami xpela jugak...aiyarkkk~

HABIS

5.9.12

Malaysia --> Jerman?

Assalamualaikum :p

Hari ini saja2 la saya nk update entry pasal tempat yang paling saya idam2 kan.

Haaaaa saya teringin sangat nak pergi jerman.Sebab apa yaa..?

Sebab jerman tu saya rasa penuh dengan adat kebudayaan , negara mereka juga sangat cantik.Senang cakap...saya sangat cinta negara jerman selain negara kita iaitu Malaysia laaaaa...=)

Dulu masa sekolah menengah,ada bahasa jerman kat sekolah.Oleh kerana kecintaaan kepada negara jerman,saya pun ambil la bahasa jerman sebagai bahasa number 3 untuk belajar kat sekolah dulu.

Seronok belajar bahasa jerman ni, tapi dulu ni saya terlalu main2 kot.hahaha..tu yang xpandai sampai sekarang niii..hehehe..

Ayat2 jerman yang segar dalam ingatan saya dari dulu sampai sekrang ialah=ich liebe du (saya cinta awak)
ich haise (nama saya).Yang tu je kot..hesh

Now ada sorang senior saya yang pegi Jerman *beruntung kan?

xpe la..jom kita tengok gambar jerman eh...
ni semua search google je la






4.9.12

SAYA SETUJU!!!

Assalamualaikum... :B

Kat bawah ni ada kata2 daripada Prof. Tengku Asmadi yang saya sangat suka.

Saya yakin setiap orang pasti pernah menghadapi situasi kekurangan duit.Betul kan?

Jadi coret2 Dr. Asmadi yang saya copy dari fb ni sedikit sebanyak dapat memberi kita motivasi dan cara menghadapi masalah tersebut.


Apabila saya tidak berduit, saya tetap senyum seperti biasa, kerja seperti biasa dan jalani hidup ini semampu yang ada. Sebab kita perlu sentiasa 'maintain' muka rezeki. Kalau kita tunjuk muka bermasalah, asyik cerita masalah, timbulkan masalah, rezeki pun lari. Sebab orang tidak mahu berada dekat dengan kita. Oleh itu, senyumlah.. bahagiakan hati sendiri.
source : googles

Yes.Yang ni pon best jugak.Bagi kita manusia yang xboleh lari daripada setiap masalah,peganglah kata2 ini.

Kalau kita terlalu menceritakan kisah hidup kita atau problem kita kepada orang lain,belum tentu orang lain itu akan dapat membantu kita.



Apabila ada masalah, tidak perlulah terlalu bercerita dengan manusia sebab mereka tidak akan faham derita kita. Bercerita dan mengadulah pada Allah, kerana hanya Dia yang ada penyelesaiannya.


2.9.12

Ubat oh Ubat

Hai penyakit2..
bila la awak nak sembuh yaaa...?
hurmmm..macam2 dah saya buatkan supaya awak pergi jauh dari kehidupan saya.
hari2 saya dah makan ubat
2 jenis ubat saya kena makan
satu warna pink,dua lagi warna putih
2 kali pulak tu sehari
kiranya saya selalu telan 6 biji la benda bulat2 tu?
aduhhh..
saya xnak makan ubat lagii
tapi nampaknya selagi penyakit saya xsembuh
saya wajib berdamping dengan proppranolol dengan carbimazole
*
*
*
Sekarang ni saya tengah nak telan satu lagi supplement (minyak kelapa dara) supaya cepat sembuh
Bismillahirrahmanirrahim,sembuh la penyakit saya dengan izin Allah :)
*
*

Untuk jauh dengan pnyakit saya juga
mak ada bagi minuman kesihatan untuk saya jugak
nama dia herbalife
Alhamdulillah lepas minum herbalife,dengan kuasa Allah yang Esa
bacaan penyakit saya itu dah turun mendadak
Alhamdulillah.... :)
*
*
*
*
Bukan tu ja
mak dengan ayah saya berikhtiar dengan membawa saya bertemu pakar2 perubatan islam
even tempatnya jauh
mereka masih setia dan xjemu berusaha bersama saya
Alhamdulillah,saya punyai mak ayah seperti mereka


Ya !!!!
datangnya penyakit itu semuanya dari Allah untuk menguji kita
jadi hanya dengan kuasa Allah sajalah boleh menyemuhkan penyakit saya
Jadi !!!!!!!!
mulai hari ini saya xakan jemu lagi duduk atas tikar sejadah,mengadap kiblat
memohon kepada yang Esa selesaikan urusan saya
AMINNNN

p/s : saya mahu sembuh ya Allah.................
saya xnak makan ni lagiiiiiiiii